saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 19/05/2009

Tiada siapa berhak beri kata dua – PM

KUALA LUMPUR 18 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak ada sesiapapun di negara ini yang berhak memberi kata dua kepada kerajaan termasuk pertubuhan haram Hindraf.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengingatkan pemimpin pertubuhan itu, P. Uthayakumar supaya mematuhi proses undang-undang negara yang telah ditetapkan ke atasnya.

‘‘Kita sudah membuktikan kerajaan ini kerajaan bertimbang rasa. Bukanlah kerajaan yang zalim atau kerajaan yang mahu menekan mana-mana pihak asalkan ia menghormati undang-undang negara.

‘‘Kita juga akan menguatkuasakan undang-undang dengan cara paling berhemah,’’ katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kata dua yang diberi Hindraf terhadap kerajaan sama ada menarik balik arahan supaya Uthayakumar membuat laporan kepada Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) esok atau berdepan dengan protes jalanan Hindraf.

Kata dua itu dikeluarkan oleh Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy yang juga adik kepada Uthayakumar seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.

Uthayakumar pernah ditahan bersama beberapa lagi pemimpin Hindraf di bawah ISA pada Disember 2007. Beliau kemudiannya dibebaskan pada 9 Mei lalu bersama dua lagi pemimpin Hindraf, M. Manoharan dan K. Vasantha Kumar.

Pada awal April lalu, dua lagi pemimpin Hindraf yang juga peguam pertubuhan haram itu telah dibebaskan iaitu R. Kenghadharan dan V. Ganabatirau.

Ditanya sama ada kerajaan akan bertindak tegas sekiranya Uthayakumar dan Hindraf tetap berdegil melanggar arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Najib berkata: ‘‘Itu nantilah dulu. Kita tak tahu lagi. Tengoklah dulu’’.

Mengenai kemelut Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas dan bekas Ketua Pemuda parti itu, Senator Datuk T. Murugiah, Najib berkata, perkara itu tidak dibincangkan kerana ia masalah dalaman parti tersebut.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.