saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 21/05/2009

RM800,000 buka semula Jalan Tok Hakim

KOTA BHARU 20 Mei - Mesyuarat Exco Kelantan hari ini meluluskan dana bernilai RM800,000 untuk membuka semula Jalan Tok Hakim sebagai langkah mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar bandar Kota Bharu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pembukaan jalan itu akan menyebabkan berlaku beberapa perubahan lalu lintas di sekitar bandar ini untuk disesuaikan dengan keadaan.

''Antara perubahan utama yang akan dibuat ialah Jalan Hospital dari lampu isyarat menuju ke Bulatan Tuan Padang akan ditukar daripada dua hala kepada sehala manakala Jalan Temenggong turut dijadikan jalan sehala menghala lampu isyarat Jalan Tok Hakim.

''Selain perubahan haluan lalu lintas ini, beberapa lampu isyarat baru akan dipasang iaitu di Jalan Sultan Ibrahim menuju ke persimpangan Jalan Mahmood," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, beberapa lampu isyarat akan ditutup iaitu berhampiran Bazaar Buluh Kubu dan lampu isyarat Jalan Hospital berhadapan dengan mahkamah.

Menurut Takiyuddin, satu pasukan perunding telah ditubuhkan dan melakukan kajian mengenai aliran lalu lintas di negeri ini sejak dua bulan lalu sebelum keputusan itu diambil.

Katanya, kerja-kerja pembukaan semula Jalan Tok Hakim telah pun dimulakan di bawah kelolaan Jabatan Kerja Raya Kelantan.

Tambahnya, semua perubahan aliran lalu lintas itu akan mula dilaksanakan bermula pertengahan Ogos depan selama sebulan untuk tempoh percubaan.

''Kita akan minta bantuan polis untuk tempoh sebulan itu nanti dan melihat respons orang ramai untuk melihat sejauh mana perubahan yang berlaku.

''Banyak lagi perubahan yang berlaku oleh itu saya meminta orang ramai supaya bersabar kerana kerajaan negeri akan memberi segala maklumat yang mereka mahukan mengenai aliran baru itu," tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.