saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 21/05/2009

Angkasa perkenal kursus Taska


Selain latihan amali, pengasuh diajar memilih dan menyediakan barang mainan untuk kanak-kanak daripada bahan kos rendah.


JIKA kita lihat di sesebuah taman atau kawasan penduduk, bilangan taman asuhan kanak-kanak sememangnya sangat banyak masa kini bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Bagi ibu bapa yang kedua-dua bekerja, menghantar anak-anak ke taman asuhan bukan satu pilihan tetapi adalah kewajipan.

Tetapi bagaimana pula hendak mengenalpasti taman asuhan kanak-kanak yang baik kerana sering juga kita mendengar pelbagai kes kegagalan taman asuhan menjaga dan mendidik kanak-kanak dengan baik.

Taman asuhan kanak-kanak terletak di bawa Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dan pengusaha yang bercadang menubuhkan sebuah taska harus mengetahui prosedur mendaftar dan juga agensi-agensi terlibat yang berkaitan dengan pendaftaran.

Antara lain, mereka dimestikan mengikuti kursus asas asuhan kanak-kanak (KAAK). Selain bakal pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh taska juga dimestikan mengikuti kursus tersebut yang diwajibkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Naib Yang di Pertua Angkasa, Armi Zainudin berkata, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau Angkasa diberi akreditasi oleh JKM bagi mengendalikan kursus KAAK.

''Angkasa telah melaksanakan kursus ini sejak 1997 dengan kerjasama Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dan Persatuan Taska Negeri Sembilan (PTNS). Sehingga kini Angkasa telah mengendalikan 14 kursus dengan bilangan peserta seramai 367 orang," kata Armi semasa ditemui di Wisma Ungku A.Aziz di Kelana Jaya, baru-baru ini.

Beliau berkata, Angkasa amat menitikberatkan kursus ini kerana memahami pentingnya pengasuhan memandangkan ramai wanita berkeluarga bekerja dan permintaan pengasuhan kanak-kanak semakin meningkat.

''Kanak-kanak di bawah umur empat tahun memerlukan asas pengasuhan yang berkesan, berkualiti bagi mempastikan perkembangan kanak-kanak daripada segi sosio emosi, fizikal, rohani, kognitif dan perkembangan bahasa.

''Angkasa berasa bertanggungjawab dalam pengasuhan kanak-kanak kerana mereka merupakan pelapis masa depan dan kita mahukan generasi yang baik dan berkualiti,'' tambahnya.

Menurut Armi, Angkasa amat menggalakkan koperasi menubuhkan taska secara komersial kerana bidang keusahawan pengasuhan dapat menjana pendapatan kepada koperasi.

Selain itu, ahli juga mendapat manfaat kerana anak-anak ahli mendapat kualiti asuhan yang sempurna.

Pada masa kini, terdapat 80 taska di bawah Angkasa dan taska ini dinamakan Taska Cahaya Mata (TCM). Kini, hampir semua negeri di Malaysia mempunyai TCM kecuali di Sabah dan Perlis. Paling banyak adalah di Kedah yang mempunyai 34 buah TCM.

Bagi ahli koperasi, mewakili koperasi atau anggota koperasi dan koperasi itu pula menjadi ahli Angkasa boleh mengikuti kursus dengan kos sebenar sebanyak RM2,440 secara percuma.

Kursus adalah berpandukan modul JKM, di antaranya perkembangan menyeluruh kanak-kanak daripada usia dua bulan hingga empat tahun, perkembangan fizikal, emosi, bahasa, merancang aktiviti yang menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak, kegiatan kreatif kanak-kanak, keperluan pemakanan seimbang dan sebagainya.

Angkasa turut memberikan kursus dan bengkel kemahiran pengasuh serta kursus pengurusan dan pengendalian taska.

''Kelulusan yang dimiliki mestilah sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau tiga bulan pengalaman bekerja di taska. Mereka yang tidak mempunyai pengalaman boleh berbincang dengan TCM sehingga layak mengikuti kursus,'' ujar Armi lagi.

Beliau menambah, seseorang pengusaha yang hendak menubuhkan taska memerlukan modal permulaan sebanyak RM25,000.

Selain taman perumahan, Angkasa amat menggalakkan penubuhan taska di sekolah-sekolah bagi kemudahan para guru.

Terdapat juga permintaan untuk membuka taska di rumah dan Angkasa kini dalam tahun kedua mempromosi taska di rumah kerana ia mampu membantu meningkatkan pendapatan keluarga.

Mereka yang ingin membuka taska di rumah juga perlu mengikuti kursus dan hanya boleh mengambil kurang daripada 10 orang kanak-kanak sahaja.

''Banyak kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku di taska seperti bayi jatuh buaian, kanak-kanak cedera dan sebagainya berlaku kerana pengusaha atau pengasuh yang kurang berpengetahuan, tidak peka, sambil lewa, kelengkapan yang tidak mencukupi serta pekerja yang tidak bekerja lama.

''Walaupun seseorang pengusaha taska dibolehkan mengambil sehingga lebih 10 orang kanak-kanak namun setiap pengasuh diberikan tanggungjawab bagi menjaga beberapa orang kanak-kanak.

"Contohnya seorang pengasuh ditugaskan untuk menjaga lima orang kanak-kanak berumur di antara satu hingga dua tahun dan seorang pengasuh juga bagi 10 orang kanak-kanak berumur di antara tiga hingga empat tahun,'' kata Armi.

Tambahnya, pengusaha boleh merujuk kepada buku panduan Penubuhan dan Pengendalian Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) jika mempunyai sebarang masalah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.