saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 22/05/2009

Ambrose, Siti Nurhayati sambar emas


SITI Nurhayati Zulkifli berjaya meninggalkan pesaingnya untuk menjuarai acara 100m wanita akhir bawah 18 tahun sempena MSSM di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, semalam. - BERNAMA
Kejohanan selama lima hari bermula semalam turut melibatkan acara trek 100m untuk pelajar sekolah pendidikan khas iaitu pelajar cacat penglihatan dan pendengaran.
Seramai 541 atlet lelaki dan 452 atlet perempuan mengambil bahagian dalam tiga kategori umur iaitu bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.


KUALA LUMPUR - Acara 100 meter akhir bawah 18 tahun yang mendapat tumpuan semalam menyaksikan atlet Sarawak, Ambrose Jilom (lelaki) dan Siti Nurhayati Zulkifli (perempuan), Kuala Lumpur bermaharajalela walaupun mendapat saingan sengit daripada lawan masing-masing pada Kejohanan Olahraga MSSM Ke-51 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Ambrose yang dilatih bekas pelari pecut kebangsaan Watson Nyambek ternyata bertuah walaupun dalam saingan akhir semalam dia diberi tentangan sengit dari pelari Perak, P. Cyrus Krishnen dan Mohd. Azlan Abu Bakar.

"Saya tidak tahu berjaya memenangi perlumbaan tersebut sehinggalah diberitahu rakan sebaik sahaja menamatkan larian tersebut," katanya yang mencatat masa 10.98s kurang 0.1s berbanding Cyrus.

Jelasnya, ini adalah kali pertama dia berjaya memenangi acara 100m walaupun tahun lalu dalam kejohanan yang sama berjaya mara sehingga ke peringkat akhir.

"Selepas ini saya cuba untuk memenangi acara 200m mengulangi pencapaian 2007 untuk bawah 15 tahun dan memperbaiki catatan peribadi terbaik 22.22s.

Ditanya sama ada dia mahu menjejak langkah jurulatihnya menjadi pelari kebangsaan, Ambrose berkata, semuanya terpulang kepada perjalanan masa depannya dan dia lebih berminat untuk menjadi jurutera.

"Saya lebih cenderung untuk menjadi seorang jurutera berbanding untuk menjadi seorang atlet yang cemerlang," kata pelajar Sekolah Riam Road, Miri itu.

Manakala Siti Nurhayati pula berpuas hati dapat mempertahankan kejuaraan selepas merangkul 100m bawah 18 perempuan.

"Walaupun dapat mengekalkan kejuaraan tetapi saya gagal mengatasi masa terbaik peribadi 12.19s," katanya yang mendapat tempat ketiga dalam Sukan Malaysia (SUKMA) di Terengganu tahun lepas.

Dalam acara 100m bawah 12 tahun, Seng Teik Chuan dari Pulau Pinang memenangi emas (12.22s), di tempat kedua pula Gareth Leo Anak Ramlee dari Sarawak (12.30s) manakala Muhammad Haqim Abu Bakar dari Perak di tempat ketiga (12.42s).

Kategori perempuan pula milik Nor Ashikin Md. Isa dari Kedah (13.58s), di tempat kedua pula Debbie Ellen Lojoyo dari Sabah (13.67s) manakala Nor Shahira Muliadi dari Terengganu di tempat ketiga (13.68s).

Bawah 15 tahun 100 lelaki pula milik Harith Ammar Mohd. Sobri dari Terengganu (11.06s) mengenepikan Asif Farhan Arshad dari Sabah di tempat kedua (11.32s) manakala Mohammad Daniel Mokhtar dari Selangor di tempat ketiga (11.54s).

Jarmella Washif pula mengungguli kategori perempuan atlet Sabah itu mencatat masa 12.67s di tempat kedua pula Nur Amirah Aida Kamaruddin dari Pahang (12.91s), M.Tanalaksiumy dari Pulau Pinang di tempat ketiga (12.93s).

Kongsi Konten di :