saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/05/2009

Pemantauan H1N1 diteruskan

KOTA BHARU 22 Mei - Walaupun Malaysia diisytihar bebas daripada wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) namun kerajaan meneruskan pemantauan di seluruh negara.

Ia termasuk memastikan kelengkapan hospital mencukupi dan wad pengasingan diwujudkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wad pengasingan itu bertujuan mengelakkan wabak tersebut daripada merebak selepas sesebuah hospital menerima pesakit H1N1.

"Wabak H1N1 merebak cepat iaitu dalam tempoh singkat. Pihak hospital perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan bertindak pantas menanganinya," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini hari ini.

Ia sebahagian rangka lawatan beliau ke seluruh negara bagi memastikan semua hospital mempunyai kelengkapan sekiranya berhadapan dengan kes disyaki H1N1.

Dalam pada itu, Tiong Lai memberitahu, 133,410 orang telah disaring di pintu-pintu masuk udara, 13,148 orang di pintu masuk darat dan 6,965 orang di pintu masuk laut.

"Daripada jumlah itu, 39 orang telah dirujuk ke hospital rujukan H1N1 untuk tujuan pemeriksaan lanjut," ujarnya.

Tambahnya, di tiga pintu masuk darat utama di negara ini iaitu Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga, jumlah disaring setakat ini ialah 15,483 orang.

Mengenai kes pertama H1N1, Tiong Lai memberitahu, pesakit disahkan sihat dan dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh hari ini.

"Salah seorang daripadanya telah sihat dan kedua-dua kes H1N1 yang disahkan positif sebelum ini adalah 'diimport' dari Amerika Syarikat, bukannya penularan wabak di dalam negara," ujarnya.

Katanya, semalam 21 kes disyaki H1N1 dilaporkan kepada kementerian dan dimasukkan ke wad pengasingan di sembilan hospital rujukan H1N1.

Jelas beliau, enam daripadanya dirujuk ke Hospital Sungai Buloh, Selangor manakala Hospital Kuala Lumpur (4), Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah (3), dan masing-masing dua orang di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban dan Hospital Tuanku Fauziah, Perlis.

Selain itu, tambahnya, masing-masing seorang dirujuk di Hospital Melaka, Hospital Raja Perempuan Raja Bainun, Perak, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Raja Perempuan Zainab II.

"Kesemua 21 kes yang disyaki itu kemudian disahkan bebas daripada jangkitan H1N1 melalui ujian makmal di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.