saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 23/05/2009

Beri pelajar pendedahan awal


Pelajar Sekolah Kebangsaan Seremban 2B gembira selepas diumumkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori sekolah rendah manakala Sekolah Menengah Kebangsaan King George V muncul juara kategori sekolah menengah pada majlis penutup pertandingan lalu lintas Shell/MKJR peringkat negeri di Gelanggang Basikal MPS, semalam.


SEREMBAN 22 Mei - Apa perasaan kita jika melihat seorang pelajar sekolah dilanggar sebuah kereta yang memecut deras dan lebih malang lagi, pelajar itu adalah anak kita sendiri.

Kita percaya senario itu akan menjadi satu mimpi ngeri yang akan membuatkan mereka yang terlibat tidak tidur malam, trauma dan bersedih sepanjang masa.

Sebab itulah usaha yang dijalankan oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri bersama syarikat minyak Shell mengadakan pertandingan lalu lintas peringkat negeri begitu penting untuk pelajar mendapatkan pendedahan awal berkaitan aspek keselamatan di jalan raya.

Bertempat di Gelanggang Basikal Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini baru-baru ini, lebih 60 buah sekolah rendah dan menengah di negeri ini terlibat dalam program yang turut membabitkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pihak berkuasa kesihatan.

Program yang bertujuan menyemai sikap berhati-hati di jalan raya selain mematuhi peraturan dan undang-undang itu juga diharap menjadi pemangkin kepada bakal pemandu supaya bersikap lebih berhemah apabila berada di jalan raya.

Menurut pelajar terlibat, program sebegini telah membuka minda mereka terhadap peraturan, papan tanda keselamatan, kesalahan dan nasihat pihak berkuasa polis dan JPJ untuk lebih bertanggungjawab pada masa hadapan.

Johan Pejalan Kaki Terbaik 2009 pada pertandingan itu, Syafieza Amira, 14, dari Sekolah Menengah Kebangsaan King George V di sini berkata, dia lebih memahami perkara yang perlu dilakukan oleh seorang pejalan kaki ketika berada di atas jalan raya.

''Program ini bukan sekadar pertandingan tetapi pendidikan keselamatan jalan raya. Ia adalah pakej terbaik menjadikan pelajar itu lebih peka setiap situasi yang berhubung kait dengan keselamatan jalan raya," katanya.

Syafieza berkata, fokusnya kini ialah menyampaikan ilmu dan pendidikan yang diperoleh sepanjang pertandingan selama tiga hari itu kepada rakan di sekolah supaya mereka juga manfaat sama.

Bagi Johan Penunggang Basikal Terbaik 2009, Najihah Farhana Hassan, 14, dari Kolej Tunku Kurshiah (TKC) di sini berkata, situasi ketika pertandingan membawa impak besar sewaktu kita berada di luar, di mana keselamatan adalah perkara yang tidak boleh dikompromi.

''Kadangkala ketika kita mengayuh basikal, kita leka dan tidak mempedulikan keselamatan diri. Ini tidak betul kerana setiap kayuhan, perlu disokong dengan gerakan tangan, penglihatan yang baik dan sebagainya.

''Jika kita terleka daripada aspek keselamatan diri, ia boleh mengancam nyawa," ujarnya.

Pemenang tempat ketiga penunggang basikal, Adam Imran Noorazman, 13, dari SMK King George V di sini memberitahu, berbasikal bukan bermakna kita sudah menjadi 'hero' di jalan raya.

''Kita perlu meletakkan diri sebagai 'jentera kecil' dan kenderaan yang lebih besar sebagai ancaman. Jika kita menunggang tanpa memperdulikan keselamatan jalan raya, ia boleh membahayakan diri.

''Sepanjang program ini berlangsung, saya mendapat banyak ilmu dan corak penunggang basikal yang betul. Terima kasih kepada mereka yang terlibat menjayakannya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.