saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 23/05/2009

Kampar diisytihar daerah ke-10 Perak


Sultan Azlan Shah menyampaikan watikah pengisytiharan Kampar kepada Ahmad Kamaruzzaman Hamzah sambil disaksikan Zambry Abd. Kadir di Padang Bandar Baru Kampar, Perak, semalam.


KAMPAR 22 Mei - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam berkenan mengisytiharkan Kampar sebagai daerah ke-10 negeri ini.

Berangkat sama ke majlis pengisytiharan yang berlangsung di Padang Bandar Baru Kampar itu ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Acara dimulakan dengan pewaris Ngah Jabor, Tun Haniff Omar yang juga bekas Ketua Polis Negara membawa watikah pengisytiharan Kampar sebagai simbolik kepada pewartaan terbabit.

Sementara itu dalam ucapannya, Zambry berkata, daerah kecil Kampar dan Gopeng yang sebelum ini merupakan sebahagian dari daerah Kinta telah diwartakan sebagai daerah penuh selaras keputusan Kabinet 9 Mac 2007.

Beliau berkata, pengisytiharan Kampar sebagai daerah baru dapat membantu merealisasikan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan bandar itu sebagai pusat pengembangan ilmu.

''Kampar pernah mencapai zaman kegemilangan berikutan aktiviti perlombongan bijih timah sejak ia dibuka Ngah Jabor pada 1894 namun telah merudum setelah industri terbabit terhenti pada 1980-an.

''Kini arus pembangunan di bandar ini kembali pesat berikutan pembinaan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Pewartaan sebagai daerah penuh ini diyakini dapat membantu usaha bagi menjadikan kawasan ini sebagai bandar pembangunan modal insan," katanya.

Menurut Zambry, kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan seluas 48.2 hektar di Batu Putih di sini sebagai tapak pusat pentadbiran baru Kampar.

Beliau berkata, tapak tersebut akan dibina dengan bangunan pejabat yang bakal menempatkan jabatan dan agensi kerajaan negeri serta Persekutuan termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Kampar.

Katanya, Ahmad Kamaruzzaman Hamzah telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Kampar pertama dan beliau telah pun memulakan tugas sejak 11 Ogos lalu.

Sebelum ini Perak mempunyai sembilan daerah iaitu Kerian, Hulu Perak, Hilir Perak, Batang Padang, Kinta, Larut Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Manjung.

Daerah Kampar mempunyai kira-kira 93,000 penduduk dengan keluasan 66,980 hektar ataupun 920 kilometer persegi dan hampir 62 peratus keluasannya merupakan kawasan hutan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.