saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 24/05/2009

marjerin ganti minyak masak


Sheila Mambo (kiri) bersama Pengarah Makanan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Joseph Tan menunjukkan Nasi Goreng Planta dan Sambal Udang Planta selepas majlis Jom ke Dapur Kak Sifu di Kuala Lumpur baru-baru ini.


MINYAK masak merupakan bahan yang ada pada sumber makanan harian kita yang boleh mengundang penyakit sekiranya diambil secara berlebihan. Sebagai alternatif untuk menggantikannya, kita boleh menggunakan marjerin yang mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan fungsi yang sama dengan bahan itu.

Marjerin Planta, misalnya yang mengandungi tujuh vitamin seperti A, B1 (tiamina), B2 (riboflavin), B6, B12, D dan E, sudah terbukti mempunyai kandungan nutrien yang bukan sahaja melengkapi setiap hidangan bahkan menarik perhatian kaum ibu untuk memasak buat anak kesayangan mereka di rumah.

Hanya sekurang-kurangnya dua teh sudu untuk setiap hidangan, ia boleh membantu tumbesaran kanak-kanak yang sedang membesar apabila aroma yang menyelerakan itu dapat menarik selera, mudah disediakan dan dipelbagaikan hidangan.

''Sebagai seorang yang amat prihatin dengan kesihatan, kita perlulah bijak memilih bahan makanan yang benar-benar terbukti berkhasiat. Apatah lagi sekarang ini didapati ada banyak individu dan keluarga yang menderita kerana penyakit kronik.

''Caranya mudah iaitu dengan menukar cara pemakanan mereka ke arah lebih sihat kerana penyakit boleh dicegah melalui penjagaan pemakanan harian. Sebagai langkah awal, kurangkan penggunaan minyak masak dalam sumber makanan dengan menggantikannya dengan marjerin Planta," kata Pengarah Makanan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Joseph Tan.

Katanya, makanan harian sebenarnya boleh menjadi ubat atau pelindung daripada pelbagai penyakit. Oleh sebab itu, kita perlu memilih makanan yang berzat seperti bebas daripada lemak dan garam secara berlebihan yang didapati apabila pengguna membeli makanan yang siap dibungkus atau makanan segera.

Kajian sebelum yang dibuat sebelum ini membuktikan gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat menjadi punca penyakit mudah menyerang. Dianggarkan 15 hingga 25 peratus rakyat Malaysia mungkin mendapat kanser dan setiap jam kira-kira enam orang diserang angin ahmar disebabkan dua perkara itu.

Lebih 50 peratus golongan dewasa berumur 40 tahun ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit dan antara penyakit kronik paling lazim ialah kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Meskipun jumlah pesakit kronik bertambah setiap tahun, ia belum dapat menimbulkan kesedaran masyarakat untuk berubah kerana ramai menganggap penyakit berbahaya itu hanya berlaku kepada orang lain dan tidak akan menimpa mereka.

Justeru, dengan memperkenalkan moto baru iaitu Planta Serbaguna diharapkan boleh mengajak pengguna untuk berkongsi keseronokan menyediakan sajian harian di rumah dengan cara yang menarik.

Kalau selama ini, Planta digemari sebagai sapuan roti dan ramuan untuk membuat kuih muih yang sedap tetapi mahu turut dikenali sebagai bahan asakan harian yang mempunyai lebih banyak fungsi.

Tan memberitahu, pihaknya juga telah memutuskan untuk menurunkan harga marjerin Planta sebanyak 10 peratus memandangkan keadaan ekonomi semasa semakin sukar untuk diramalkan dan semua orang berusaha untuk mendapatkan nilai yang terbaik daripada setiap ringgit yang dibelanjakan.

''Kita juga mahu menggalakkan orang ramai supaya lebih gemar memasak makanan ruji seperti nasi dengan lebih kreatif.

''Jadi kita perkenalkan kempen Jom Ke Dapur Kak Sifu bersama pelakon dan pengusaha makanan, Sheila Mambo untuk menggalakkan pengguna berkongsi keseronokan menyediakan sajian harian di rumah.

''Pemenang bertuah berpeluang untuk menghadiri kelas memasak yang dikendalikan oleh Sheila di dapur memasak kenderaan Planta berwarna kuning, sijil dan kit memasak bernilai RM100," tambah Tan.

Marjerin Planta kini boleh didapati di semua pasar raya di seluruh negara dengan harga runcit sebanyak RM4 untuk 240 gram, RM6.90 (480 gram), RM10.90 (1 kilogram) dan RM22.50 (2.5 kilogram).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.