saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/05/2009

Si Jelita ciptaan Mikhail


Damian Mikhail


APABILA menyebut nama Damian Mikhail, ramai yang beranggapan ia adalah nama seorang penyanyi baru. Namun setelah mengamati wajah dan muziknya, anda tentu ingat dengan anak muda bertubuh kecil dan bersuara lunak ini.

Hakikatnya, ia adalah milik salah seorang anggota kumpulan yang popular, V.E iaitu Damian. Bagaimanapun setelah memeluk Islam pada akhir Ogos lalu, dia kini mahu dikenali sebagai Damian Mikhail.

Malah ketika berkunjung ke pejabat Hits, Damian lebih suka membahasakan dirinya sebagai Mikhail sepanjang sesi temu ramah berlangsung.

Mikhail kini muncul dengan single terbaru berjudul Jelita, sebagai pengenalan kepada peminat akan kehadirannya sebagai penyanyi solo.

Malah single ini juga akan dimuatkan dalam album sulungnya Soul-O, yang dijangka akan menjengah di pasaran tempatan pada akhir Jun ini.

Pernah mencurahkan idea dalam penghasilan lagu buat artis tersohor negara seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah dan Too Phat, sememangnya Mikhail tidak mempunyai masalah dalam menghasilkan lagu-lagu untuk album solonya nanti.

Berkonsepkan R&B kontemporari, album ini mempunyai kelainan apabila turut menyelitkan pelbagai elemen rentak muzik seperti jazz.

"Sebanyak lima hingga enam lagu akan dimuatkan dalam Soul-O dan salah satu daripadanya berentak R&B yang disuntik elemen tradisional bagi memberi kelainan dalam penampilan saya nanti," ujar Mikhail.

Sambil menafikan bahawa kumpulannya (V.E) telah berpecah, Mikhail berkata, itu hanyalah memberi ruang kepada mereka mencari idea untuk membawa satu kelainan dalam V.E apabila muncul semula kelak.

"Bagi saya pendekatan ini adalah perkara biasa. Di peringkat antarabangsa, kumpulan seperti Black Eye Peas dan Destiny Child pernah juga muncul dengan album solo masing-masing.

"Begitu juga dengan kumpulan terkenal Indonesia, Dewa 19, Once juga pernah tampil dengan album solo.

"Mudah-mudahan dengan pengalaman yang kami ada sepanjang bergerak secara solo dapat memberikan lagi kekuatan, kematangan dan idea yang lebih segar apabila kami bergabung semula nanti," tambahnya lagi.

Menyentuh single terbarunya, Mikhail mengakui, konsep muzik yang diketengahkan dalam Jelita tidak jauh berbeza daripada lagu V.E.

"Sebenarnya tiada perancangan yang khusus single ini. Idea dan keputusan ini terlintas di fikiran secara tiba-tiba. Sebaik sahaja menyiapkan muziknya, saya meminta seorang lagi anggota V.E, Cham untuk menghasilkan lirik.

"Namun, lirik dalam lagu ini, lebih merujuk kepada mereka yang kurang cantik dari sudut luaran tetapi dipandang jelita jika memiliki hati yang mulia,'' katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.