saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 27/05/2009

Derita Azli dapat perhatian


Rafiah Mat Zain (tiga dari kanan) bermesra dengan Azli Azmi selepas menyampaikan kerusi roda di Kampung Teluk Chat, Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 26 Mei - Azli Azmi dari Kampung Teluk Chat di sini sudah berusia 23 tahun, namun pemuda itu kini bagaikan kembali ke alam kanak-kanak kerana seluruh keperluannya diurus oleh ibunya.

Bekas pekerja sebuah hotel di Kuala Lumpur itu diserang jangkitan kuman pada tulang sendi lebih setahun lalu yang menghalangnya untuk bekerja dan memaksanya terlantar di rumah.

Akibat penyakit itu, dia tidak boleh berjalan, kakinya tidak boleh diluruskan dan setiap kali diserang sakit terutamanya bahagian lutut, dia menggeletar dan mengalami sesak nafas.

''Saya reda dengan penyakit ini tetapi akan terus berusaha memulihkan penyakit termasuk terus mendapatkan rawatan di hospital dan berubat secara tradisional," katanya.

Dia ditemui semasa menerima bantuan kerusi roda, hamper serta sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Pengerusi Kelab Isteri-Isteri Jaksa Pendamai Negeri Kelantan Datin Rafiah Mat Zain di rumahnya semalam.

Hadir sama Naib Pengerusi, Datin Harifah Abdullah dan ahli jawatan kuasa, Datin Rohana Jusoh, Wan Asmat Wan Yusoff, Shahadah Mohamad, Khazuni Che Othman serta Azizan Sulaiman.

Katanya, dia sedih melihat ibunya, Nik Hasmoh Jaafar, 58, yang sering kali menangis apabila dia menahan kesakitan.

''Dalam usia sekarang, emak sepatutnya berehat tak perlu bersusah-payah kerana anak-anak lagi. Ayah tinggalkan kami 20 tahun lalu," kata anak bongsu daripada tujuh beradik itu.

Menyentuh tentang penyakitnya itu, Azli berkata, dia mula mengalami penyakit itu setelah kerap kali demam dan sawan selama enam bulan.

Dia dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab 11 (HRPZ 11 )untuk mendapatkan rawatan sehingga keluar di hospital itu dan sehingga kini dunianya hanyalah di rumah.

''Saya mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang membantu meringankan beban emak.

''Saya masih berharap supaya dapat menjalani rawatan yang lebih berkesan dan pulih sepenuhnya. Saya nak kembali berkerja," katanya.

Sehubungan itu, mereka yang bersimpati dengan penyakit yang dihidapinya boleh menghubunginya di talian 012-9651621.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zuhur 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.