saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 27/05/2009

Warga emas uzur rayu rumah dibaiki


ABU ZAMAN YUSUP di rumahnya yang sudah rosak di Kampung Bantai, Hulu Tembeling, Jerantut, semalam.


JERANTUT 26 Mei - Sejak merdeka, sepasang warga emas yang tinggal di sebuah pondok usang di Kampung Bantai, Hulu Tembeling, dekat sini tidak pernah mengenali erti kesenangan, apatah lagi mengecap kemewahan.

Abu Zaman Yusup, 98, dan isterinya, Robiah Mat Alim, 86, meniti sisa-sisa hidup mereka umpama 'kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang' tanpa sebarang pembelaan daripada pihak yang berkenaan.

Keadaan mereka yang uzur menyebabkan kudrat mereka tidak lagi mampu bekerja dan kadangkala terpaksa mengharap sumbangan jiran terdekat untuk mendapatkan sesuap nasi.

Mereka mendakwa, penantian untuk mendapatkan bantuan daripada pihak yang berkenaan bagai menanti buah yang tidak gugur.

Pasangan warga emas itu yang hanya mempunyai seorang anak yang tinggal berasingan, dikatakan tidak pernah menerima sebarang bantuan kerajaan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kediaman pasangan warga emas terbabit mendapati rumah kayu hutan yang dibina sejak 40 tahun lalu itu telah uzur dan rosak di bahagian tiang, dinding, bumbung, dapur dan bilik tidur serta hanya menunggu masa menyembah bumi.

Menurut Abu Zaman, setiap kali hujan dan ribut, bahagian dalam rumah pasti dilimpahi masuki air.

''Setiap kali hujan lebat dan angin kencang, kami berasa takut mungkin rumah ini akan ranap diterbangkan angin kencang," katanya.

Sehubungan itu, dia berharap ihsan kerajaan untuk segera membaik pulih rumahnya supaya mereka dapat berteduh lebih selesa daripada panas dan hujan.

Selain itu, Abu Zaman yang cacat penglihatan mata kanan turut mendakwa tidak pernah menerima sebarang bantuan kebajikan sejak bergelar warga emas.

''Saya kecewa kerana semua bantuan yang dipohon selama ini tidak pernah berjaya," katanya.

Menurutnya, dia pernah memohon bantuan kerajaan untuk membaiki rumahnya selain bantuan bulanan bagi menampung kos membeli ubat.

Abu Zaman mendakwa, beberapa pihak pernah berjanji untuk mendapatkan bantuan tersebut tetapi ia hanya tinggal janji.

''Sudah dua wakil rakyat berjanji untuk memberi bantuan tetapi sehingga kini masih belum ditunaikan.

''Saya dan isteri bukan meminta habuan yang besar dan mahal, memadailah rumah ini dibaiki dan belanja bulanan bagi mengurangkan beban belanja beli ubat," katanya.

Selama tinggal di kampung itu, Abu Zaman berkata, pasangan itu juga tidak pernah menikmati pembangunan berikutan tidak ada jalan raya menghubungkan antara bandar Jerantut ke Hulu Tembeling.

Untuk ke bandar Jerantut, jelasnya, terpaksa menggunakan bot penambang melalui Sungai Tembeling untuk ke bandar Jerantut sejauh hampir 100 kilometer.

''Kami tidak mampu berbelanja di bandar Jerantut yang jaraknya terlampau jauh. Mujurlah ada doktor dari bandar ke sini membuat pemeriksaan kesihatan setiap bulan," katanya.

Sementara itu, Robiah yang uzur dan tidak mampu berjalan berharap pihak tertentu peka dengan menghulurkan bantuan bagi membela kebajikan mereka.

''Saya sanggup menanggung segala kesakitan tetapi saya berharap supaya rumah kami dapat segera dibaiki," tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:45



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.