saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 28/05/2009

SPORTSUNITE TANAM SEMANGAT PERPADUAN MELALUI SUKAN


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Kalung Perpaduan kepada Dina Rizal (kiri) sambil disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (kanan) dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan di Puchong, baru-baru ini.


Anugerah Kalung Perpaduan yang diberikan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri kepada Kelab Sukan SportsUnite untuk kategori sukan adalah titik permulaan kerajaan menjadikan sukan sebagai mekanisme penting dala m meningkatkan perpaduan antara kaum di negara ini.

Ditubuhkan sejak lima tahun lalu, Kelab Sukan SportsUnite sudah menganjurkan lebih 150 acara sukan dan karnival dari boling, bola sepak, futsal, badminton, hoki, bola jaring, bola keranjang, kabadi, ping pong sehingga taekwondo - sekadar menyebut beberapa acara sukan yang pernah dianjurkan.

Dengan tema dan konsep ‘Perpaduan Menerusi Sukan’, Kelab Sukan SportsUnite, yang dipengerusikan oleh bekas orang kuat Nestle, Datuk Dina Rizal bukan saja memberikan sumbangan dalam memupuk perpaduan negara, malah memainkan peranan besar membantu pembangunan sukan tanah air.

“Bukan mudah untuk menanam semangat perpaduan, terutama dari segi penyertaan kerana hampir semua kaum bermain dalam komuniti masing-masing. Tapi kami tidak pernah putus asa dan tetap yakin sukan mempunyai nilai-nilai murni sama ada untuk memupuk perpaduan, melahirkan generasi sihat dan cergas sambil dapat mengatasi ancaman gejala sosial,” kata Dina.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.