saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/05/2009

Gandingan Aishah, Azlan

NAMA Azlan Abu Hassan sememangnya cukup sinonim dengan penghasilan lagu-lagu yang berkualiti dan menjadi popular dalam sekelip mata.

Antara lagu yang menjadi siulan dan berjaya menempatkan diri dalam acara anugerah berprestij negara adalah Keabadian Cinta yang dinyanyikan oleh Anuar Zain, Izinku Pergi (Kaer Azami), Elegi Sepi (Azharina Azhar), Menyemai Cinta Bersamamu (Nora), Dingin (Ziana Zain), Ketentuan (Ramlah Ram) dan Terlalu Istimewa (Adibah Noor).

Dengan itu tidak hairanlah dia merupakan antara komposer yang paling sibuk apabila ramai penyanyi masa kini yang mahukan khidmatnya.

Salah seorang daripadanya penyanyi wanita popular, Aishah yang rupanya sekian lama mengidamkan untuk melagukan alunan melodi indah ciptaan komposer hebat ini.

Setelah dua dekad menjadi penyanyi, inilah kali pertama Aishah berpeluang menyanyikan lagu ciptaan Azlan yang berjudul Yang Ada Hanya Kenangan di mana liriknya merupakan hasil nukilan penulis lirik tersohor, Habsah Hassan.

Sebelum ini, umum cukup mengetahui nama Adnan Abu Hassan iaitu abang kepada Azlan yang cukup sinonim dengan Aishah sehingga berjaya meletakkan nama Aishah di puncak kegemilangan saat dia hadir ke industri pada awal 90-an dulu.

Cukup teruja

Bahkan, dengan gandingan itu telah melayakkan mereka digelar dynamic duo kerana berjaya melahirkan lagu-lagu yang berkualiti serta diminati ramai.

"Sebelum ini pun memang saya tidak pernah menyuarakan hasrat untuk mendapat khidmat Azlan kerana saya juga terdengar daripada beberapa pihak yang mengatakan Azlan sememangnya orang yang cukup cerewet.

"Bukan itu sahaja, disebabkan kesibukan masing-masing, agak sukar untuk kami bekerjasama.

"Tetapi saya memberanikan diri dan menghampiri Azlan untuk meminta lagu daripadanya. Saya juga menyuarakan hasrat saya itu kepada syarikat rakaman, Sony Music. Saya cukup teruja apabila mendapat perkhabaran gembira yang menyatakan Azlan bersetuju untuk menyumbangkan lagu untuk saya," kata Aishah sewaktu ditemui di Studio Grooveworks, Kajangg milik Azlan, baru-baru ini.

Mengenali Azlan jelas pemilik vokal lagu Janji Manismu ini, dia bukanlah seorang yang tergesa-gesa dalam menghasilkan sesuatu lagu.

"Dia seorang yang cukup teliti dan dia juga seorang penggubah lagu yang hebat. Ini semua dapat kita dengar menerusi lagu ciptaannya. Ia juga salah satu faktor mengapa saya mahu menggunakan khidmat Azlan untuk lagu ini dan kalau boleh untuk keseluruhan album terbaru saya nanti," ujarnya yang cukup meminati lagu Keabadian Cinta sambil menyifatkan lagu itu yang paling diminatinya.

Tambah penghibur ini lagi, dia mahu memberikan satu nafas baru dalam penghasilan lagu-lagu terbarunya dan dia mahu membuang stigma masyarakat tentang lagu-lagu yang sudah sebati dengan dirinya.

"Saya suka dan kagum melihat lagu-lagu ciptaannya seperti Dingin dan Ketentuan mendapat sambutan yang cukup baik dari peminat tempatan meskipun ia dinyanyikan oleh penyanyi senior.

"Azlan cukup bijak mencipta lagu yang sesuai dengan penyanyinya mengikut peredaran masa dan setidak-tidaknya, ia telah membuka mata ramai pihak kepada kemampuan penyanyi senior seperti kami," jelas penyandang Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik 1994 ini lagi.

Yang Ada Hanya Kenangan sudah pun mula berkumandang di corong radio dan mendapat respons yang cukup menggalakkan.

"Lagu ini begitu indah dan cukup menangkap telinga walaupun hanya kali pertama kita mendengarnya. Ini adalah permulaan yang baik untuk saya sebelum muncul dengan album terbaru tidak lama lagi," ujarnya yang masih lagi sibuk mencari material yang sesuai untuk album barunya itu.

Menyaksikan sendiri rakaman lagu Yang Ada Hanya Kenangan, sudah cukup jelas menggambarkan betapa hebatnya seorang insan seni bernama Aishah dalam melagukan lagu yang diberikan.

Hanya dalam tempoh satu setengah jam, rakaman sudah disiapkan tanpa berdepan dengan situasi yang menyulitkan seperti mana sesetengah penyanyi yang ada kalanya perlu merakamkan vokal hingga berhari lamanya.

Malah, daripada wajah Azlan, ternyata dia cukup berpuas hati dengan kualiti suara Aishah yang sememangnya tiada tandingan itu.

"Meskipun usianya kini mencecah 44 tahun, dia masih mampu menyanyi dalam nada tinggi serta bertahan dalam satu tempoh yang cukup lama.

"Itu adalah kelebihan Aishah dan pengalaman menyaksikan bagaimana dia berkerja dengan Adnan dulu sudah cukup membuktikan bahawa Aishah adalah penyanyi yang bukan sembarangan," kata Azlan penuh teruja.

Seperti mana Aishah, begitu juga dengan Azlan yang kepingin untuk bekerjasama dengan penghibur terkenal ini.

Sebelum ini pun Azlan hanya terlibat sebagai seorang penggubah untuk lagu nyanyian Aishah berjudul Biarlah Kau Pergi dan versi baru Janji Manismu yang dimuatkan dalam Merenung Bulan (1996) dan Wajah (1995).

Malah, Azlan sendiri membayangkan lagu Hanya Di Mata yang pernah dipopularkan oleh Erra Fazira sebelum ini dinyanyikan oleh Aishah.

"Meskipun bekerja pertama kali dengannya, saya memang tiada masalah dan kerja saya menjadi begitu senang. Ia adalah satu penghormatan buat saya untuk bekerja dengan penyanyi sehebat dan sebaik Aishah.

"Aishah mempunyai kelompok peminat yang cukup kuat dan saya percaya peminat setia Aishah akan dapat menerima lagu ini," katanya yang kini sibuk dengan pembikinan album kedua Kaer Azami yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.