saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 29/05/2009

Runtuh: Arahan henti kerja dikeluarkan untuk lancarkan siasatan

29/05/2009 6:35pm

SHAH ALAM 29 Mei — Kerajaan Selangor mengeluarkan arahan henti kerja ke atas tapak projek bekas bangunan Jaya Supermarket yang runtuh semalam.

Langkah itu bagi membolehkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) mengkaji dan menyediakan laporan berhubung insiden itu.

“Arahan henti kerja itu untuk tempoh tujuh hari mulai hari ini,” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai insiden itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor di sini hari ini.

Sehingga kini, empat orang dilaporkan mati, dua cedera manakala empat lagi mangsa masih belum ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Abdul Khalid berkata laporan itu bukan hanya menyentuh mengenai insiden itu tetapi turut mencadangkan langkah pencegahan bagi mengelak tragedi sama daripada berulang.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.