saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 31/05/2009

Ramlah berdebar tunggu album ke-11

Sudah 24 tahun nama Ramlah Ram terpahat dalam ingatan peminat dan selama itu juga Ramlah masih kekal dalam industri muzik tanah air. Biarpun sudah jauh perjalanannya dalam bidang ini, suara yang dimiliki oleh penyanyi ini masih lagi seperti dahulu, tidak berubah.

Inilah kelebihan penyanyi bernama Ramlah yang dilahirkan menerusi pertandingan Bintang RTM. Walau banyak penyanyi baru yang muncul, masih ramai lagi yang merindui suara mendayu penyanyi ini.

Tahun 2009 menyaksikan kebangkitan kembali Ramlah ke persada seni tanah air. Setelah 11 tahun tidak melahirkan album solo sambutan peminat terhadap single Ramlah ciptaan Azlan Abu Hassan yang berjudul Ketentuan nampaknya memberi kesan positif dan cahaya baru dalam kerjaya Ramlah sebagai penyanyi.

Setelah 24 tahun berlalu Ramlah yang memenangi Anugerah Juara Lagu 1988 menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Ramlah kembali menggenggam trofi juara di pertandingan Akhir HIT'S 1 RTM tahun lalu 2008 menerusi lagu Ketentuan.

Tempoh dua tahun yang diambil untuk menyiapkan album Ketentuan memang berbaloi. Pilihan lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini pastinya menggembirakan hati pendengar khususnya peminat-peminat Ramlah yang setianya.

Bukan mudah untuk bertahan selama ini di persada seni. Namun segala pengalaman pahit jerih yang dilalui mematangkan Ramlah dan menjadi pembakar semangat. Walaupun industri hiburan sering dihujani dengan pelbagai jenis dan konsep muzik terkini, Ramlah tetap yakin bahawa genre muzik pop akan terus diminati.

Terbaru Ramlah Ram akan mempertaruhkan lagu Radang Rindu dan Aku Dan Dengan Dunia ciptaan Aidit Alfian lirik oleh AD Samad. Album yang mengandungi 10 buah lagu itu bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Menyingkap sejarah hidup Ramlah, anak ke empat daripada enam beradik ini membesar dalam persekitaran dan pengaruh muzik.

Selain sering mengikuti kumpulan ghazal bapanya, Ramlah juga menyertai band polis mengadakan persembahan di sekitar Muar. Pada ketika itu Jamal Abdillah merupakan penyanyi dan idola Ramlah Ram.

Bertolak dari itu, Ramlah berazam mengembangkan bakat nyanyiannya dengan menyertai Bintang RTM. Ternyata usaha membuahkan hasil. 1985 merupakan tahun bertuah buat Ramlah apabila berjaya menjadi Juara Bintang RTM apabila mendendangkan lagu Dia (Francisca Peter) dan Rindu (Hetty Koes Endang).

Pada tahun 1986 secara rasminya Ramlah bergelar penyanyi dan melahirkan album pertama berjudul, Sabarlah Sayang yang diterbitkan sepenuhnya oleh Ahmad Nawab.

Rezeki Ramlah semakin mencurah apabila album kedua Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu hit dan menguasai pasaran apabila terjual melebihi 450,000 unit. Secara tidak langsung mencatatkan rekod dalam The Malaysia Book Of Records sebagai artis solo Malaysia yang pertama mencatat jualan melebihi 450,000 unit.

Lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu turut melakar sejarah gemilang dalam hidup Ramlah apabila lagu tersebut menjadi sangat popular sehingga

menjuarai pertandingan Akhir Juara Lagu 1988 dan Ramlah turut memenangi kategori persembahan terbaik.

Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi album ketiga Ramlah berada di pasaran sekitar tahun 1989. Album ketiga ini telah menerima anugerah Double Platinum apabila terjual melebihi 180,000 unit.

Setahun selepas itu Ramlah muncul kembali dengan album terbaru yang berjudul Duri Dalam Cinta. Sekali lagi menghangatkan nama Ramlah apabila terjual sebanyak 60,000 unit di hari pertama album ini di pasarkan. Album ini juga diterbitkan sepenuhnya oleh Ahmad Nawab.

Sehingga kini Ramlah telah menghasilkan 11 buah album termasuklah Di Ambang Pintu Kasih (1992), Nadi Cinta (1992), Ramlah Ram-Dangdut (1994), Ramlah Ram (1995), Cinta Di Musim Dangdut (1996) dan Sekeping Cinta Sehampar Janji (1998).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.