saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 31/05/2009

Aswad AF nikah 5 Jun

SELEPAS Dekna (pelajar AF5) kahwin tahun lalu, tiba pula giliran Aswad, 29, yang sekarang ni sibuk hantar kad jemputan kahwin dia. Aswad akan bernikah dengan Nor Ilina Mohd. Tahir, 23, pada 5 Jun ini.

Nampaknya dalam bulan Jun ni selain Nana (AF1), Aswad pun nak kahwin juga rupa-rupanya. Majlis nikah akan dibuat di rumah pengantin perempuan di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tarikh tersebut manakala majlis resepsi pula dibuat sehari selepas itu.

Masa Niezam telefon Aswad petang Khamis lalu, kata Aswad dia kenal dengan Ilina kira-kira dua tahun lepas. Ilina kerja sebagai kerani di sebuah syarikat guaman di Butterworth.

Bila dah dua tahun kenal, dia orang pun buat keputusan nak kahwin awal tahun ini. Hantaran kahwin Aswad kepada pihak perempuan ialah RM9,000 manakala mas kahwin pula RM1,001.

“Bukan senang nak buat majlis kahwin. Banyak juga duit yang kena keluar tapi nasib baik pelamin dan baju pengantin ditaja oleh butik Impian Kasih di Butterworth,” kata Aswad.

Dalam masa yang sama Aswad pesan kepada mana-mana rakan-rakan AF yang tak dapat kad jemputan kahwin dia tu boleh datang ke majlis kahwinnya.

Kerana terlalu sibuk, Aswad tak sempat nak hantar kad jemputan. Bila Niezam tanya apa panggilan manja mereka? Kata Aswad dia panggil Ilina sayang dan Ilina pula panggil Aswad “hubby”. Wow romantik giler!

NIEZAM: Panggil la apa-apa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.