saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 31/05/2009

Zahirkan Institut Pemikiran P. Ramlee

Beberapa tahun lalu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah mencadangkan supaya diwujudkan Institut Pemikiran P. Ramlee. Tujuan menubuhkan institut itu adalah untuk menyelongkar karya-karya P. Ramlee daripada sudut pemikiran.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada pihak yang menyahut cadangan tersebut khususnya institut pengajian tinggi yang mempunyai pengajian dalam bidang perfileman.

Karya-karya P. Ramlee mencerminkan keadaan sosial semasa karya tersebut dihasilkan. P. Ramlee seorang pemerhati dan pengkritik sosial yang sentiasa peka kepada pergolakan di sekitarnya.

Kerana itu sempena memperingati ulang tahun ke-36 pemergian P. Ramlee, cadangan menubuhkan Institut Pemikiran P. Ramlee wajar dibangkitkan semula.

P. Ramlee dan khazanah karyanya dalam bidang muzik dan filem yang begitu banyak tidak boleh dianggap sebagai nostalgia semata-mata. Ini kerana P. Ramlee kepada generasi hari ini melampaui sebuah nostalgia.

P. Ramlee semacam telah mendokumentasikan banyak isu-isu sosial pada zamannya dan boleh dijadikan rujukan untuk melihat kematangan berfikir seorang seniman yang merentasi hidup penuh warna.

Pemergian P. Ramlee 36 tahun lalu memang sukar untuk dilupakan. Apabila tiba saja 29 Mei maka bertambah lagi setahun pemergian seniman agung itu.

Angka 36 tahun mungkin terlalu lama bagi kita. Namun selama mana angka itu terus berganjak, ingatan terhadap P. Ramlee tidak luput dalam ingatan peminat-peminatnya.

Itulah keistimewaan yang dikecapi oleh insan hebat sepertinya. Setiap tahun ada sahaja acara dan sambutan dibuat untuk menghargai jasa yang telah dicurahkan selama ini.

Setiap tahun Arkib Negara dan beberapa persatuan yang lain tidak pernah melupakan majlis tahlil untuk insan hebat ini. P. Ramlee bukan sahaja 'dilahirkan' sebagai pelakon, malah dianugerahkan kebolehan mencipta lagu dan bekerja di belakang tabir. Inilah yang membezakan P. Ramlee dengan rakan-rakan artis sezaman dengannya.

Auditorium P. Ramlee, Taman P. Ramlee, Pawagam P. Ramlee dan Jalan P. Ramlee antara penghormatan yang diberikan bagi menghargai tokoh ini. Ia menjadi kenang-kenangan kepada peminat-peminatnya.

Pada 27 Februari 1984 misalnya, kerajaan membina Pustaka Peringatan P. Ramlee di bekas kediamannya di Taman Furlong yang kemudian ditukar menjadi Taman P. Ramlee.

Pustaka Peringatan P. Ramlee ini akan menyimpan dan memelihara segala bahan mengenai P. Ramlee dan Saloma sejak kecil hinggalah ke akhir hayatnya.

Antara kemudahan lain yang disediakan termasuklah semua bahan rujukan mengenai P. Ramlee, perpustakaan dan muzium yang terletak di rumah asalnya di Jalan Dedap, Taman P. Ramlee, Kuala Lumpur.

* Sayu pada 29 Mei

Dian P. Ramlee melahirkan rasa syukur kerana masyarakat tidak melupakan jasa yang telah dicurahkan oleh P. Ramlee semasa hayatnya.

"Walaupun sudah 36 tahun, tapi masih ramai lagi yang tidak jemu menonton filem dan mendengar lagu P. Ramlee. Sudah pasti saya terharu kerana generasi muda yang tidak pernah bersama P. Ramlee juga meminatinya," kata Dian..

Menurutnya, setiap tahun Arkib Negara dan beberapa organisasi lain akan menganjurkan tahlil untuknya. Jika ada kelapangan beliau pasti akan turut serta.

"Tapi untuk keluarga saya, selalunya tahlil akan dibuat setiap kali tiba bulan Ramadan," jelasnya.

Bagi Dian, tidak banyak kenangan yang mampu diingatkan memandangkan bapanya itu pergi ketika beliau masih kecil. Di lubuk hatinya, dia sebenarnya kagum dengan penghormatan yang diberikan oleh semua pihak terhadap seniman itu.

"Setiap kali melewati 29 Mei, hati saya sedih. Tarikh itu merupakan tarikh pemergian datuk saya. Tapi sejak arwah bapa saya, Nasir pergi buat selamanya pada tahun lalu, ia bertambah sayu," jelas Najua, cucu kepada P. Ramlee.

Najua anak Allahyarham Nasir P. Ramlee tidak dapat membendung rasa sayu dan sedih dengan pemergian dua insan yang dikasihinya ini.

"Datuk saya pergi ketika saya belum dilahirkan. Saya hanya mendengar cerita dan kisah yang berlaku padanya melalui ahli keluarga yang lain dan teman rapat datuk," kata Najua.

"Tapi apabila melihat filem dan mendengar lagu yang pernah digubah oleh datuknya beliau yakin datuk sememangnya insan seni yang berjiwa besar yang hebat.

"Saya berbangga kerana mempunyai datuk sepertinya. Datuk bukan sahaja menjadi sanjungan orang ramai, malah turut sama menjadi kebanggaan negara," jelas Najua.

* Menjadi rujukan

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim menganggap P. Ramlee seorang insan seni yang sukar dicari ganti. Baginya jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan amat besar kepada masyarakat.

"Saya bukan peminat fanatik P. Ramlee. Tapi saya mengetahui apa sahaja berita tentang P. Ramlee kerana saya sendiri membesar dengan kebanyakan filem dan lagunya sejak dahulu lagi," kata Razali.

Menurutnya, ketika masih , beliau hanya melihat filem-filem P. Ramlee yang di kaca televisyen sekadar sebuah hiburan. Tetapi bila sudah meningkat dewasa barulah saya mengerti apa yang tersirat di sebalik sesebuah filem.

"Bagi saya P. Ramlee memang seniman yang hebat. Allahyarham melihat kehidupan masyarakat dahulu kemudian diterjemahkan ke dalam setiap karyanya, " katanya ketika dihubungi Khamis lalu.

Pepatah ada menyebut, patah tumbuh hilang berganti. Tapi bagi Ahli Parlimen Muar, sehingga kini masih tidak ada lagi insan yang dapat menggantikan tempatnya sebagai pelakon, pengarah dan pemuzik sehingga kini.

"Sudah tiba masanya untuk kita menganjurkan seminar yang bersifat ilmiah yang mengkaji kelebihan insan seni ini. Mungkin dalam masa 50 tahun akan datang sudah tidak ada lagi rakan-rakan seangkatan dengan P. Ramlee," ujarnya.

Ketua 2, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Datuk Dr. Abdul Latif Abu Bakar berkata, P. Ramlee bukan sahaja ikon rakyat negara ini malah merangkumi kepulauan Melayu yang lain.

"Orang Malaysia sememangnya bersyukur kerana mempunyai tokoh sebegini walaupun sudah 36 tahun meninggalkan kita. Dalam tempoh masa ini masih belum ada lagi insan seni lain yang mampu menandingi kehebatannya," tegas Dr. Abdul Latif.

Antara pencapaian yang pernah dikecapi oleh seniman itu termasuklah Anugerah Bakat Serba Boleh menerusi filem filem Ibu Mertuaku di Festival Filem Asia 1963

di Tokyo; Anugerah Filem Komedi Terbaik menerusi filem Madu tiga, Pesta Filem Asia di Hong Kong, 1964; Anugerah Filem Komedi Terbaik menerusi Nujum Pak Belalang, Pesta Filem Asia ke 6 di Kuala Lumpur, 1969.

Kata Abdul Latif lagi, generasi muda seharusnya lebih berani mencuba sesuatu yang baru dan dalam masa yang sama seharusnya mencontohi kejujuran P. Ramlee dalam berkarya untuk terus maju.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.