saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 01/06/2009

Klinik Rawang makin sendat


PIHAK PENGURUSAN Klinik KESIHATAN Rawang terpaksa menyediakan kemudahan tempat duduk di bahagian luar klinik itu berikutan jumlah pesakit semakin meningkat. - UTUSAN/Halim Khalid


RAWANG 31 Mei - Alah bisa, tegal biasa. Walaupun terpaksa berhadapan dengan kesesakan dan menunggu agak lama, ia merupakan perkara biasa bagi mereka yang memilih untuk mendapatkan rawatan perubatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan.

Lebih-lebih lagi dalam ekonomi hari ini, jumlah yang mendapatkan rawatan juga semakin meningkat kerana caj minimum yang dikenakan di klinik dan hospital kerajaan hanya RM1.

Antara yang tidak terkecuali daripada turut berhadapan dengan masalah kesesakan ialah Klinik Kesihatan Rawang, Jalan Bukit Kelab di sini.

Difahamkan, masalah kesesakan itu berlaku sejak lima tahun kebelakangan ini apabila kawasan Rawang dan sekitar didiami semakin ramai penduduk dan ramai pula yang memilih mendapatkan rawatan di sana.

Klinik sedia ada sepatutnya hanya mampu menampung keperluan kira-kira 30,000 penduduk setempat tetapi terpaksa menampung keperluan untuk penduduk yang kini melebihi 100,000 orang dengan kemudahan yang sama.

Selain penduduk sekitar bandar Rawang, klinik itu difahamkan menjadi tumpuan penduduk beberapa kawasan berhampiran antaranya Taman Jati, Sungai Terentang sehinggalah mereka yang tinggal di Bandar Country Homes.

Keadaan itu menyebabkan klinik desa yang dibuka sejak lebih 35 tahun itu tidak lagi dapat menampung jumlah pesakit yang meningkat setiap hari.

Selain sering mengalami kesesakan, ruang tempat kereta yang agak terhad turut menimbulkan rungutan orang ramai yang terpaksa meletakkan kenderaan di bahu jalan.

Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini di klinik sedia ada mendapati, kerja-kerja menaik taraf kawasan berkenaan sedang dilakukan.

Selain usaha mengindahkan kawasan persekitaran, sebuah bangunan tambahan sedang dalam pembinaan bagi menampung keperluan orang ramai yang datang mendapat rawatan.

Difahamkan, sebuah klinik kesihatan baru yang sedang dalam pembinaan di Rawang Perdana sejak Disember tahun lalu akan dapat mengatasi masalah kesesakan berkenaan.

Projek yang didirikan atas tanah seluas dua hektar itu difahamkan dilengkapi klinik ibu dan kanak-kanak, pergigian, bahagian kecemasan serta dua unit kuarters Gred F dan Gred G yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2011.

Bagaimanapun, timbul sedikit kebimbangan di kalangan orang ramai yang mendakwa klinik baru yang menelan kos kira-kira RM17.5 juta itu agak jauh dari pusat bandar dan tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam seperti klinik sedia ada sekarang yang terletak betul-betul di pusat bandar.

Keadaan itu tentunya akan menyulitkan mereka terutama penduduk yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Sehubungan itu, mereka berpandangan klinik sedia ada harus dikekalkan sebagai alternatif kepada orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan, selain mengekalkan bangunan berkenaan sebagai salah satu warisan untuk generasi akan datang.

Pengerusi Penyelaras Pembangunan Kawasan Selayang, Datuk Tan See Hang berkata, pembinaan klinik kesihatan baru itu diharap dapat memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih selesa dan cepat kepada orang ramai.

Katanya, kerajaan sudah menyediakan peruntukan besar dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan supaya rakyat mendapatkan rawatan di klinik kerajaan dengan selesa.

"Apabila klinik baru itu siap nanti, saya akan cuba berusaha agar pengangkutan awam dapat disediakan bagi memudahkan orang ramai ke sana.

"Malah, kami juga akan memastikan klinik baru itu nanti dapat memberikan perkhidmatan lebih baik berbanding sebelum ini,'' ujarnya.

Ditanya mengenai status klinik sedia ada selepas bangunan baru siap, See Hang berkata, pihaknya akan cuba berusaha mengekalkan kawasan itu terutama klinik ibu dan kanak-kanak serta klinik pergigian.

Katanya, terdapat cadangan agar Pejabat Kesihatan Daerah Gombak dipindahkan ke kawasan berkenaan memandangkan buat masa ini mereka menyewa di bangunan pusat komersial di Bandar Baru Selayang.

"Saya tidak menafikan kawasan berkenaan mempunyai nilai sentimental kepada penduduk di kawasan ini. Ia merupakan antara bangunan lama yang masih kekal di sini, sedangkan kawasan sekitarnya sudah dibangunkan dengan pelbagai projek,'' ujarnya.

Tinjauan ke tapak pembinaan klinik baru berkenaan yang terletak kira-kira lima kilometer dari pusat bandar mendapati kerja-kerja pembinaan sudah mencapai tahap 30 peratus.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.