saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 02/06/2009

Polis Australia guna kekerasan

MELBOURNE 1 Jun - Kira-kira 200 polis Australia hari ini menyuraikan penunjuk perasaan yang membantah serangan keganasan ke atas pelajar India, menahan 18 orang dan mencetuskan dakwaan polis menggunakan kekerasan melampau.

Kekacauan berlaku apabila anggota polis bertindak untuk menyuraikan penunjuk perasaan di pusat bandar Melbourne sebelum waktu puncak pagi ini, dengan menumbuk dan mengheret kumpulan penunjuk perasaan, menurut aktivis.

Beratus-ratus pelajar mengadakan tunjuk perasaan sepanjang malam untuk mendapat perhatian kepada 'belasah kari' iaitu keganasan yang didakwa bersifat perkauman ke atas rakyat India yang menyebabkan seorang mangsa koma dan mengakibatan hubungan diplomatik New Delhi-Canberra menjadi tegang.

"Jelas terdapat anggota polis Victoria yang bertindak melampau," kata seorang penunjuk perasaan, Yogesh Malhotra kepada radio ABC.

"Enam anggota polis telah mendatangi seorang penunjuk perasaan yang sedang duduk dan kemudiannya menumbuk dan mengheret pemuda berkenaan," kata Malhotra.

Pesuruhjaya Polis Victoria, Simon Overland berkata, penggunaan anggota polis adalah berasas kerana penunjuk perasaan tidak mengendahkan amaran akhir supaya meninggalkan kawasan sibuk tersebut.

- AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.