saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/06/2009

Bumbung Stadium Sultan Mizan runtuh

KUALA TERENGGANU 2 Jun - Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi lokasi utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh pagi ini menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.

Runtuhan pada pukul 9.30 pagi itu berlaku kira-kira setahun stadium tersebut dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu.

Kerosakan melibatkan bumbung di bahagian timur stadium sepanjang 400 meter itu menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam dan tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan (VIP).

Kejadian itu turut merosakkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil serta tiga buah motosikal, tetapi tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan.

Ini berikutan kesemua 19 pekerja di sebuah pusat boling yang berada di aras satu, stadium setinggi lima tingkat itu berjaya menyelamatkan diri sebaik menyedari runtuhan.

Pemilik kereta berkenaan, Hanafiah Osman, 27, yang berada di luar stadium berkata, dia bersama empat rakannya sedang menjalankan kerja-kerja memasang lampu apabila tiba-tiba mendengar bunyi seperti benda 'patah' kira-kira pukul 9.30 pagi.

"Bunyi kuat itu datang daripada tempat saya meletakkan kereta. Saya terus bergegas ke sana dan melihat bumbung tersebut runtuh perlahan-lahan lalu menghempap kereta saya.

"Saya tergamam melihat runtuhan itu dan menelefon bapa untuk memberitahu kejadian yang berlaku," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Hanafiah yang menetap di Kampung Bukit Bayas di sini berkata, tiga motosikal rosak itu adalah milik rakan sekerjanya dan turut melakukan kerja-kerja pemasangan lampu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa Kanan Bomba 1 Pauzan Ahmad berkata, terdapat seramai 19 orang berada di dalam stadium ketika kejadian berlaku.

"Bagaimanapun mereka iaitu 17 pekerja di Pusat Boling Si Diman dan dua pengawal keselamatan berjaya menyelamatkan diri.

"Namun pihak bomba tetap menjalankan pemeriksaan di setiap tingkat stadium yang terlibat dalam runtuhan itu," katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 9.45 pagi dan tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian.

"Seramai 25 anggota dengan tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hiliran serta Jalan Kota dikejarkan ke tempat kejadian," ujarnya.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan salah sebuah daripada dua stadium yang terdapat di Kompleks Sukan Negeri selain stadium tertutup.

Pembinaan Kompleks Sukan Negeri dimulakan pada 2005 dengan kos keseluruhan RM452 juta, lebih sedikit daripada kos asal berikutan kenaikan harga bahan binaan.

Kos berkenaan meliputi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dibina dengan harga RM292 juta manakala stadium tertutup RM160 juta dengan pelbagai kemudahan sukan serta rekreasi lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.