saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 03/06/2009

ADUN Paloh kemuka notis permohonan maaf kepada Husam

KUALA LUMPUR 2 Jun - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah hari ini mengemukakan notis permohonan maaf sebagai penyelesaian kes saman fitnah RM6 juta oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa terhadapnya.

Notis permohonan maaf tersebut disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu bertujuan menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Husam.

Notis tersebut berbunyi:

''Saya, YB Datuk Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR (Badan Pencegah Rasuah) pada 2007.

''Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.''

Nozula mengemukakan notis tersebut setelah bersetuju menyelesaikan kes saman Husam yang merupakan ADUN Salor terhadapnya di luar mahkamah.

Dalam saman yang difailkan pada 31 Januari tahun lalu, selain Nozula selaku defendan pertama, Husam menamakan ADUN Bukit Bunga, Mohd. Adhan Kechik defendan kedua dan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) defendan ketiga.

Husam menuntut ganti rugi daripada kedua-dua ADUN itu kerana didakwa membuat fitnah lisan dalam satu sidang media pada 27 November 2007 manakala NSTP pula ekoran penyiaran fitnah itu di dalam akhbar New Straits Times (NST) dan Berita Harian pada keesokan harinya.

Menurut peguam Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek yang mewakili Husam ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, pihaknya juga dalam proses rundingan dengan Mohd. Adhan dan NSTP untuk penyelesaian.

''Dengan notis permohonan maaf tersebut, terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap Husam adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas.

''Ini turut bermakna kerajaan negeri juga bersih daripada segala salah laku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anak guam kami,'' katanya.

Beliau juga memberitahu, pengurusan kes saman tersebut dijadualkan didengar oleh timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 16 Jun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.