saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 03/06/2009

ATM terus diberi mandat terajui Unifil


AZIZAN Ariffin memeriksa perbarisan hormat kumpulan Malcon East III semasa Majlis pembubaran Malcon East III di Kuala Lumpur baru-baru ini.


ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) terus diberi mandat dan kepercayaan untuk meneruskan misi pengaman Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil).

Dari segi sejarahnya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mula mempelawa ATM untuk menyertai misi Unifil bagi menguatkuasakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan bertarikh 11 Ogos 2006.

Daripada pelawaan itu, kerajaan Malaysia bersetuju menghantar kontinjen dengan komposisi kekuatan seramai 360 anggota dan peralatan logistik sejak awal Januari 2007.

Sehingga kini ATM telah menghantar empat kontinjen pengaman untuk menyertai misi Unifil bagi menjalankan misi keselamatan di Lebanon.

Selaras dengan komitmen yang diberikan sepanjang menjalankan misi pengaman dan bantuan di Lebanon, ATM terus diberi kepercayaan oleh PBB yang meminta Malaysia menghantar tambahan 150 lagi anggota tentera untuk menyertai misi tersebut.

Ini membuktikan ATM sentiasa komited dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.

Secara langsung, ini menjadikan ATM sebagai sebuah pasukan yang hebat dalam aspek ketenteraan bertaraf dunia.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, Malaysia akan menghantar 150 anggota tentera tambahan ke Lebanon bagi menyertai kontinjen Malcom West di bawah misi Unifil seawal-awalnya hujung bulan ini.

Menurutnya, ATM sudah bersedia melaksanakan tugas tersebut tetapi perlu menunggu kelulusan Kabinet terlebih dahulu.

"Kami sudah menerima permohonan daripada PBB dan ini merupakan satu penghormatan kepada negara dan ATM sendiri.

"Sekarang, kami hanya menunggu keputusan muktamad daripada kerajaan Malaysia sama ada memberi kelulusan atau tidak," katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pembubaran Malcon East III di Padang Kawad Rejimen 515 (AW), Wisma Transit di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain itu, Azizan berkata, rombakan penstrukturan juga akan dilakukan antara Malcon West dan Malcon East di mana 60 anggota Malcon East akan dipindahkan ke Malcon West.

Katanya, Malcon West kini mempunyai seramai 230 anggota termasuk pegawai manakala Malcon East seramai 360 orang yang masih bertugas di Lebanon.

"Dengan penambahan 150 anggota dan 60 lagi daripada Malcom East akan menjadikan 440 anggota ditempatkan di Malcon West manakala di Malcon East seramai 300 anggota.

"Kita mahu jumlah itu diseragamkan sebegitu setiap kali kontinjen kita dihantar untuk bertugas di sana pada masa hadapan," katanya.

Azizan berkata, kehadiran tentera Malaysia serta melalui projek jiwa murni yang dilakukan membantu memberikan keyakinan kepada rakyat negara berkenaan untuk meneruskan kehidupan mereka.

Katanya, pengalaman yang diperolehi anggota tentera semasa berkhidmat di Lebanon adalah tidak ternilai kerana berjaya memantapkan selok-belok ketenteraan bertaraf dunia.

Beliau juga berkata, kontinjen Malcon West juga akan terlibat dalam pilihan raya Lebanon pada Jun nanti.

Malcon West ditempatkan di bahagian barat sempadan Lebanon-Israel iaitu di At Tiri yang terletak kira-kira empat kilometer dari sempadan berbanding Malcon East yang ditugaskan di Kaoukaba, lapan kilometer dari sempadan.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Azizan mengucapkan syabas kepada Malcon East III kerana berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang dan mendapat pengiktirafan Markas Unifil dan PBB.

"Semua ini tidak akan tercapai tanpa pengorbanan ikhlas dan semangat serta dedikasi tinggi yang ditunjukkan anggota ketika bertugas.

"Kombinasi anggota daripada ketiga-tiga perkhidmatan, jalinan kerjasama dan integrasi yang baik telah menghasilkan pencapaian tugas cemerlang," katanya.

Abdul Aziz berkata, kejayaan Malcon East III boleh dijadikan contoh kepada ATM amnya dalam pelaksanaan misi Unifil di Lebanon dan ia boleh dijadikan panduan pelaksanaan tugas kepada anggota yang bakal menyertai misi itu kelak.

Pasukan Malcon East III dengan kekuatan 360 anggota termasuk 41 pegawai memulakan tugas misi Unifil bermula 30 Julai tahun lalu dan berakhir pada 30 April lalu.

Pasukan Malcon East III yang diketuai oleh Komander Pasukan Kolonel Mohd. Ezam Wan Chik bertugas di sana selama sembilan bulan manakala anggota wanita selama empat setengah bulan dan dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan yang telah pun selamat pulang ke tanah air ini juga mendapat pengiktirafan daripada Markas Unifil dan semua mereka dianugerahkan Pingat Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) sebagai penghargaan kepada sumbangan sepanjang berkhidmat di Lebanon.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.