saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 03/06/2009

SMK Gombak Setia wakili Selangor

PETALING JAYA 2 Jun - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gombak Setia akan mewakili Selangor ke Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) peringkat nasional di Arau, Perlis pada 26 hingga 29 Jun ini.

Sekolah tersebut terpilih selepas berjaya menggondol tujuh daripada sembilan anugerah yang dipertandingkan pada konvensyen peringkat negeri Selangor.

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar berkata, program yang telah dijalankan sejak tahun 1998 itu berjaya memupuk dan membentuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar sekolah.

"Pihak kami membelanjakan sebanyak hampir RM1 juta pada tahun lalu meliputi aktiviti kursus, kem keusahawanan, penyediaan tapak promosi jualan, pembinaan kios dan penganjuran konvensyen.

"Dengan adanya pelbagai program yang diaturkan, ilmu keusahawanan dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar,'' katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Program Keusahawanan Muda Peringkat Negeri Selangor 2008 kali ke-11 di sini semalam.

Beliau juga melahirkan rasa bangga kerana sejak program tersebut yang dijalankan bermula tahun 1998 lalu, ia telah melahirkan seramai 2,145 pengarah urusan, ahli lembaga pengarah dan pengurus syarikat.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri, Dr. Zahri Aziz berkata, melalui program tersebut, semangat kekitaan dapat ditingkatkan dan merapatkan hubungan antara pelajar dengan pihak sekolah.

"Aktiviti kokurikulum seperti ini tidak seharusnya diabaikan kerana ia merupakan nilai tambah kepada pelajar,'' ujarnya.

Sebanyak 51 buah sekolah di Selangor terlibat dengan program keusahawanan itu yang antara lain membabitkan pelajar dan guru dalam aktiviti perniagaan di sekolah.

Anugerah yang dimenangi SMK Gombak Setia adalah Anugerah Pekerja Terbaik (tempat ketiga), Laporan Terbaik (kedua), Perkhidmatan Terbaik (kedua), Persembahan Terbaik (johan), Pengurus Terbaik (johan), Syarikat Terbaik (johan) dan Pengetua Terbaik (johan).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.