saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 03/06/2009

Urutan tradisional herba


ROSLAN Alias menunjukkan akar kayu yang digunakan bagi menjalani proses mandi wap herba di Pengkalan Rama Tengah, Jalan Tun Sri Lanang, Melaka, semalam. UTUSAN/GAIE UCHEL


MELAKA 2 Jun - Kaedah perubatan tradisional hari ini bukan lagi hanya popular di kalangan masyarakat Melayu ataupun penduduk kampung, sebaliknya, ia semakin diterima semua lapisan masyarakat tanpa mengira keturunan dan kedudukan.

Walaupun lazimnya, pengusahanya kebanyakan terdiri daripada masyarakat Melayu, kini, rawatan ini juga semakin diperluaskan dan mudah didapati di kawasan-kawasan bandar di negeri ini.

Cuma bezanya, di kawasan bandar, perubatan tradisional, lebih tertumpu kepada teknik urutan tapak kaki atau lebih dikenali refleksologi yang kebanyakannya dilakukan oleh pekerja asing terutamanya dari Thailand dan China.

Tidak kira di mana saja pusat rawatan tradisional ini berada, pengunjungnya hanya mempunyai dua tujuan.

Sama ada ingin mengubati lenguh-lenguh di badan ataupun sekadar mahu merehatkan diri gara-gara mengalami tuntutan sosial serta kerjaya berlebihan.

Namun, selain di pusat bandar, terdapat sebuah lagi pusat rawatan tradisional yang menawarkan urutan tradisional dan mandi wap herba yang agak popular di negeri ini.

Terletak di Pengkalan Rama Tengah, Jalan Tun Sri Lanang, di sini pusat rawatan tradisional yang diusahakan di dalam sebuah rumah tradisional Melaka ini popular di kalangan pengunjung di dalam dan luar negara.

Walaupun kedudukannya agak tersorok, anda pasti terkejut dan puas apabila melihat kebersihan dan keunikan rumah tradisional Melaka ini.

Pengusahanya, Roslan Alias, 52, berkata, dia mula menawarkan khidmat urutan tradisional dan mandi wap herba di rumah pusaka arwah orang tuanya itu kira-kira 18 tahun yang lalu.

Beliau yang turut mewarisi teknik urutan dari arwah bapanya, Alias Yakin, berkata, keistimewaan pusat rawatannya itu terletak pada kemahirannya dan jenis akar kayu yang digunakan.

''Saya mula mempelajari teknik urutan ini selama hampir tiga tahun daripada seorang pengurut tradisional di utara tanah air pada 1989.

''Untuk mengurut, saya gunakan minyak yang dihasilkan sendiri menggunakan 10 jenis rempah ratus dan 100 peratus tanpa bahan pengawet,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di pusat rawatannya di sini baru-baru ini.

Katanya, pusat rawatan itu menyediakan dua bilik urutan tradisional lelaki dan wanita serta empat bilik mandi wap herba yang dibina khas dengan kos RM30,000.

Bagi pesakit wanita, urutan akan dilakukan oleh isterinya, Maheran Shahadan, 53.

Menurut Roslan, untuk tujuan mandi wap herba, wap dihasilkan menggunakan campuran daripada 65 jenis akar kayu yang kebanyakannya diperoleh dari hutan Endau Rompin, Pahang.

Antara jenis akar kayu yang digunakan ialah susuh ayam, ekor buaya, tuba limau, ubi jaga, embun tengah hari, serapat, bujang galak, gajah beranak, selayar hitam dan tongkat Haji Samat.

Bekas kerani Malaysia Airlines (MAS) pada 1983 ini menambah, pusat rawatannya itu bukan sahaja dikenali pelancong tempatan, malah dari luar negara.

''Saya pun tidak tahu bagaimana mereka tahu tentang pusat rawatan saya ini kerana tidak pernah mengiklankannya di mana-mana.

''Mungkin sebab ramai orang bercerita sampaikan pelancong dari Jepun, England, Jerman, Brunei, Singapura, dan Kanada pun pernah beberapa kali datang ke sini," katanya.

Tambahnya, kebanyakan pesakit datang untuk mengubati sakit sendi-sendi tulang, asma, migrain, wanita lepas bersalin, sakit kulit dan menghilangkan bau badan.

''Alhamdulillah, diizinkan Tuhan, semua mereka yang berkunjung ke sini berpuas hati dengan rawatan yang diberikan dan mereka akan datang semula untuk urutan biasa,'' katanya.

Mengenai kadar bayaran, Roslan berkata, sebanyak RM20 dikenakan setiap seorang untuk mandi wap herba selama kira-kira 45 minit.

Untuk urutan seluruh badan lelaki dan perempuan selama satu jam, beliau menetapkan bayaran sebanyak RM50.

Pusat urutan tradisional dan mandi wap herba beroperasi setiap hari kecuali Ahad bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari dan 4 petang hingga 11 malam.

Mereka yang ingin mendapatkan rawatan di sini boleh menghubungi Roslan di talian 016-6401250 untuk maklumat lanjut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.