saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 04/06/2009

Air France sah terhempas

RIO DE JANEIRO 3 Jun - Brazil mengesahkan pelbagai serpihan dan komponen pesawat yang terapung di kawasan sepanjang lima kilometer di Lautan Atlantik merupakan lokasi terhempasnya sebuah jet penumpang Air France yang membawa 228 orang.

Menteri Pertahanan Brazil, Nelson Jobim memberitahu wartawan semalam (kira-kira 4 pagi ini waktu Malaysia), 'tidak syak lagi' sebuah tempat duduk, kabel, komponen pesawat dan tompokan bahan bakar jet adalah daripada pesawat Airbus A330 Air France yang dalam penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris apabila didapati hilang kelmarin.

Penemuan itu melenyapkan sebarang harapan untuk menemui mangsa yang selamat dan mengesahkan nahas udara paling buruk sejak 2001, apabila sebuah jet American Airlines terhempas di New York yang mengorbankan semua 260 orang di dalamnya.

Jobim berkata, kapal-kapal tentera laut Brazil akan mula tiba di zon serpihan yang terletak hampir 1,000 kilometer dari pantai timur laut Brazil itu untuk memulakan operasi menarik keluar serpihan itu dari laut.

Tiga kapal dagang iaitu dua milik Belanda dan satu Perancis, sudah pun berada di lokasi berkenaan, katanya.

Pada waktu sama, operasi mencari mayat akan diteruskan.

Jika ditemui, mayat mangsa akan dibawa dengan kapal sejauh 460 kilometer ke lapangan terbang terdekat di kepulauan Fernando de Noronha, sebelum diterbang keluar dengan pesawat tentera udara.

Lebih separuh daripada penumpang dan anak kapal dalam pesawat itu adalah rakyat Perancis atau Brazil, manakala selainnya berasal dari 30 negara, kebanyakannya Eropah.

Jet itu hilang empat jam selepas berlepas dari Rio De Janeiro ketika dalam kedudukan di luar jangkauan radar di tengah-tengah Lautan Atlantik di antara Amerika Selatan dan Afrika, di kawasan yang dikenali kerap dilanda ribut tropika.

Komunikasi terakhir dari pesawat itu terdiri daripada isyarat data automatik yang memberi amaran mengenai pelbagai kerosakan elektrik dan tekanan udara di dalam jet tersebut.

Juruterbangnya tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.

Air France membayangkan pesawat berusia empat tahun mungkin dipanah petir, situasi yang berbahaya jika digabungkan dengan masalah lain seperti pergolakan udara.

Teori lain yang dibangkitkan oleh pakar termasuk kesilapan juruterbang, kerosakan mekanikal atau kemungkinan juga keganasan.

"Tiada hipotesis yang menjadi pilihan buat masa ini," kata Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon semalam.

Menurut beliau, perkara yang pasti ialah tiada isyarat kecemasan daripada kapal terbang itu, tetapi siri amaran automatik selama tiga minit menandakan kegagalan semua sistem.

Memandangkan punca nahas itu masih misteri, pencarian kotak hitam menjadi sangat penting.

Sebuah kapal Perancis dalam perjalanan ke lokasi kejadian dengan membawa dua kapal selam mini yang boleh beroperasi sedalam 6,000 meter yang juga paras maksimum kotak hitam boleh bertahan dan kira-kira kedalaman laut di kawasan berkenaan. - AFP

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.