saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 04/06/2009

Akta sukan disemak semula

KUALA TERENGGANU – Akta Pembangunan Sukan 1997 akan disemak semula bagi memperluaskan bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam mengawal selia dan menyenggara semua stadium di negara ini.

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek (gambar) berkata, kementerian ketika ini hanya mempunyai kuasa memantau stadium di bawah seliaannya dan bukan stadium yang dimiliki kerajaan negeri.

Katanya, semakan semula itu perlu kerana kementerian prihatin tentang sistem pengurusan kemudahan sukan di negara ini.

“Kita akan menimbang beberapa langkah perundangan. Kita juga akan melihat sejauh mana kerajaan negeri, Kerajaan Pusat dan kementerian dapat mengawal stadium daripada segi keselamatan dan kemudahan supaya sebarang tragedi tidak berlaku semasa acara sukan diadakan.

“Kita akan teliti akta sedia ada dan jika perlu ia akan dipinda,” katanya selepas melawat Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini semalam.

Kelmarin, bumbung bahagian timur stadium yang menempatkan pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam serta tempat duduk tetamu Diraja serta orang kenamaan runtuh dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah di bawah penyeliaan kerajaan negeri dan KBS hanya mengawal selia empat buah kompleks sukan serta 10 buah stadium di seluruh negara.

Ahmad Shabery berkata, langkah yang diambil itu juga bertujuan meyakinkan rakyat supaya terus menggunakan kemudahan sukan.

“Kita tidak mahu keyakinan rakyat terjejas dan supaya rakyat tidak takut untuk datang ke stadium. Saya berharap kejadian runtuh ini adalah yang pertama dan terakhir berlaku,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.