saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 04/06/2009

Perak arah JKR tubuh jawatankuasa khas pantau keselamatan bangunan

SRI ISKANDAR 3 Jun - Kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau tahap keselamatan bangunan sedia ada dan bangunan-bangunan baru yang akan dibina di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kewujudan jawatankuasa khas tersebut perlu bagi memastikan kejadian bangunan runtuh seperti yang berlaku di Selangor dan Terengganu, tidak berlaku di Perak.

''Saya akan minta pihak JKR memantau perkara ini untuk pastikan perkara begini tidak berlaku," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah di sini, hari ini.

Menurut Zambry, pihaknya melihat kejadian bangunan runtuh tersebut sebagai perkara serius kerana ia melibatkan faktor nyawa dan keselamatan orang ramai.

Mengulas perkembangan bangunan milik Perbadanan Taman Negeri Perak di Tasik Banding dekat Gerik yang runtuh kira-kira dua tahun lalu, beliau berkata, kerajaan negeri telah mengambil langkah-langkah perlu berkaitan perkara itu.

''Setahu saya, satu jawatankuasa dipengerusikan oleh Pengarah JKR waktu itu telah ditubuhkan dan mereka telah pun mengemukakan beberapa cadangan.

''Jadi kita mengambil pendekatan tidak melihat ini sebagai satu perkara mudah, tindakan-tindakan perlu telah pun diambil untuk memastikan bangunan yang ada sentiasa berada dalam keadaan selamat," kata beliau.

Zambry berkata, apa yang berlaku merupakan pengajaran yang penting bagi semua pihak dalam usaha memastikan setiap struktur binaan sesebuah bangunan itu dibuat dengan penuh penelitian dan dilakukan pemeriksaan yang sebaik-baiknya.

''Ini bukan hanya melibatkan Terengganu tetapi semua kawasan pembinaan di tempat-tempat lain termasuk Perak," katanya.

Semalam, bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi venue utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008, runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus strukturnya musnah.

Runtuhan pada pukul 9.30 pagi itu berlaku hanya kira-kira setahun stadium tersebut dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pada 29 Mei lalu, negara digemparkan dengan runtuhan bangunan Jaya Supermarket di Petaling Jaya, Selangor, yang mengorbankan tujuh nyawa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.