saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 05/06/2009

Susun program lebih tertib


SEBAHAGIAN daripada ahli Dewan Ulama Pas yang hadir pada muktamar ke-48 di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 4 Jun - Dewan Ulama Pas mahu pemimpin parti itu yang berada di negeri dikuasai oleh pakatan pembangkang menyenaraikan unsur-unsur fleksibel yang terdapat dalam ajaran Islam untuk dipilih dan diolah sebelum ia dilaksanakan di negeri yang terlibat.

Ketuanya, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, pendekatan tersebut perlu dilakukan kerana keadaan di Kelantan, Kedah dan Selangor adalah berbeza, oleh itu pelaksanaan sesuatu tindakan hanya boleh dijalankan selepas memahami perbezaan undang-undang dan suasana masyarakat setempat.

''Yang menjadi masalah kepada sebahagian dari ahli kita ialah kurang kesabaran sehingga apabila kita menang sahaja, terus menghujani kepimpinan dengan persoalan di mana hudud? Qisas? Di mana itu dan di mana ini? Mengapa tidak buat itu, mengapa buat begini? Dan sebagainya sehingga kadang-kadang kita lupa yang kita menjadi kerajaan bukan lagi pembangkang. Bidang kuasa kita terhad, bukannya bebas," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucaptama merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Ke-48 di sini hari ini.

Mohamed Daud yakin parti itu belum terlambat untuk menyusun semula pentadbiran Pas di negeri-negeri tersebut dengan landasan lebih jelas dan menyusun program lebih tertib.

''Usaha ini perlu agar para penyokong dan ahli tahu ke mana hendak dibawa kerajaan kita, bila akan tercapai cita-cita Islam yang kita bawa, mengapa perkara tertentu tidak dapat dilaksanakan dan seterusnya," katanya.

Beliau yakin tempoh setahun yang dilalui sudah cukup memberikan kefahaman kepada parti itu untuk terus bergerak dengan lebih perkasa, mempunyai keyakinan yang lebih tinggi dan memiliki kebijaksanaan dalam meneruskan amanah, sesuai dengan janji dan manifesto pilihan raya umum tahun lalu.

Mengenai hubungan dengan masyarakat bukan Islam, Mohamed Daud berkata, Dewan Ulama yang diberi tanggungjawab membantu Majlis Syura Ulama perlu mengemukakan pandangan baru dan terkini berhubung isu itu daripada pelbagai sudut.

"Antaranya ialah isu seperti yang manakah adat dan agama sehingga kita sebagai rakyat Malaysia dapat menyertai perayaan adat mereka dan mengelak daripada menyertai perayaan agama mereka.

"Apakah yang haram dilakukan oleh rakyat diharuskan pula kepada pimpinan negeri dan negara kerana maslahah atau ia tetap haram di sisi Islam," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.