saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/06/2009

JKR kumpul jurutera pantau 3 projek mega

KUALA TERENGGANU 4 Jun - Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu sedang mengumpulkan satu pasukan jurutera untuk memeriksa tahap keselamatan tiga projek mega yang baru siap di negeri ini seperti yang diarahkan kerajaan negeri semalam.

Pengarahnya, Rosly Zainal berkata, pasukan itu yang akan diketuai Timbalannya, Ghazali Hashim akan melakukan pemeriksaan di ketiga-tiga bangunan baru itu dengan segera.

Menurutnya, pasukan tersebut akan memeriksa keseluruhan struktur ketiga-tiga projek baru siap itu bagi memastikan ia selamat untuk digunakan oleh orang awam.

''Perkara ini menjadi keutamaan kita sekarang. Kita akan melakukan pemeriksaan dengan segera seperti yang diarahkan oleh Menteri Besar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengarahkan JKR memeriksa tahap keselamatan terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Gong Badak, Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Batu Burok dan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak.

Menurut Rosly, JKR mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk melaksanakan kerja-kerja pemantauan keselamatan ketiga-tiga bangunan tersebut.

Jelasnya, sebelum ini pihaknya sentiasa memantau projek-projek pembangunan yang dijalankan di negeri ini mengikut jadual yang ditetapkan.

''Kita percaya kejadian bumbung runtuh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tidak akan berlaku di ketiga-tiga projek mega tersebut.

''Ini kerana reka bentuk bumbung di ketiga-tiga projek tersebut berbeza dengan bumbung stadium," ujarnya.

Menurutnya, reka bentuk bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah dari jenis berbingkai manakala bumbung ketiga-tiga projek mega itu menggunakan reka bentuk biasa seperti bangunan lain.

Beliau berkata, JKR sudah mengarahkan kontraktor utama untuk menghubungi subkontraktor dari Korea yang mereka bentuk, membina dan memasang bumbung stadium itu.

''Subkontraktor tersebut dijangka menghubungi kontraktor utama dalam tempoh terdekat. JKR hanya berurusan dengan kontraktor utama dan bukan dengan subkontraktor," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.