saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 06/06/2009

MCA bidas resolusi Pas kekalkan 30% ekuiti bumiputera

KUALA LUMPUR 5 Jun - MCA membidas resolusi Dewan Pemuda Pas yang mahu kerajaan mengekalkan kuota 30 peratus ekuiti bumiputera kerana ia disifatkan sebagai tidak membantu memajukan negara dan lebih berkepentingan jangka pendek.

Jurucakap MCA, Lee Wei Kiat berkata, resolusi yang diluluskan pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas itu juga ternyata bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang sebelum ini yang mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

''Pendirian Pemuda Pas itu menunjukkan secara jelas yang mereka adalah golongan yang mahu mengambil kesempatan selain mahu mencari keuntungan politik ketika berlangsungnya muktamar parti itu,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut laporan akhbar hari ini, Pemuda Pas yang mengadakan muktamarnya semalam telah meluluskan resolusi supaya menggesa kerajaan mengekalkan dasar ekuiti 30 peratus untuk bumiputera.

Ia merupakan salah satu daripada lima resolusi yang diluluskan Pemuda Pas.

Sehubungan itu, Wei Kiat yang juga Pengerusi Biro Penerangan dan Komunikasi MCA mempertikaikan keikhlasan pembangkang untuk melaksanakan agenda ekonomi baru bagi menggantikan DEB seperti yang ditegaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata beliau, Anwar melalui agenda itu telah berkali-kali menegaskan yang pakatan pembangkang akan melayan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit secara adil dan saksama.

Bagaimanapun menurut beliau, dengan adanya resolusi Pemuda Pas itu, ia tidak mencerminkan keikhlasan pakatan pembangkang tentang usaha mereka mahu mewujudkan sebuah agenda ekonomi baru.

''Sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan liberalisasi perkhidmatan dan sektor kewangan untuk meningkatkan ekonomi negara melalui persekitaran yang lebih kompetitif.

''Ia juga selari dengan integrasi serantau ASEAN dan trend globalisasi kini. Lawatan Perdana Menteri ke China juga bermatlamatkan ke arah mengukuhkan hubungan bilateral dua negara.

''Namun gesaan Pemuda Pas itu untuk mengekalkan dasar 30 peratus bumiputera adalah tindakan yang bersifat jangka pendek dan tidak membantu memajukan negara,'' ujarnya.

Sehubungan itu Wei Kiat mencabar Anwar dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya menyatakan pendirian mereka yang sebenar dalam hal ini.

''Langkah ini bertujuan menjelaskan kepada pengundi mengenai pendirian yang diambil oleh Pemuda Pas itu, selain sama ada mereka bersetuju untuk menghapuskan atau mengekalkan DEB seperti yang dinyatakan Pemuda Pas,'' tegasnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.