saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/06/2009

Tuanku Mizan sampai darjah kebesaran

KUALA LUMPUR 6 Jun - Nori Abdullah, anak perempuan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini mewakili Allahyarham ibunya Datin Seri Endon Mahmood menerima Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini.

Turut menerima darjah yang sama ialah Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi, yang mengetuai 46 orang yang menerima pingat serta darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda.

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pula menerima anugerah Darjah Bakti (DB), yang mempunyai kedudukan kekananan yang tinggi walaupun tidak membawa sebarang gelaran kepada penerimanya.

Tiga orang dianugerahkan Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri.

Mereka ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff, bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Seri Paduka Baginda juga mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang juga membawa gelaran Tan Sri kepada 20 orang.

Mereka ialah bekas Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; Hakim Besar Malaya, Datuk Ariffin Zakaria; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Aziz Mohamed; Datuk Bentara Istana, Datuk Nik Hashim Nik Ab. Rahman; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Faizah Mohd. Tahir; dan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd. Dom.

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin; Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Ibrahim Lembut; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Seri Raja Arshad Raja Tun Uda; Presiden Malaysian Medical Relief Society (Mercy), Datuk Dr. Jemilah Mahmood; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Azlan Mohd. Zainol; Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia Datuk Mustafa Mansur dan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.