saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 07/06/2009

9 anggota polis terbunuh

TARAPOTO, Peru 6 Jun - Beratus-ratus penunjuk perasaan penduduk Orang Asli di sini, menjadikan 38 anggota polis sebagai tebusan awal hari ini di kawasan hutan Amazon.

Ini ekoran selepas pertempuran antara puak dan polis mengakibatkan 33 maut dalam siri keganasan terburuk terhadap kerajaan pimpinan Presiden Alan Garcia.

Penunjuk perasaan turut mengancam untuk membakar stesen mengepam minyak milik kerajaan, Petroperu, melainkan polis menghentikan usaha sekatan jalan-jalan raya dan sungai yang berlanjutan berminggu-minggu sehingga menjejaskan bekalan makanan dan minyak.

Kekacauan terbaru berlaku semalam ketika polis cuba menyuraikan satu sekatan jalan raya di sebuah lebuh raya yang dikenali sebagai 'Devil's Curve' di daerah Bagua, wilayah Amazon, kira-kira 1,400 kilometer dari utara ibu negara Peru, Lima.

Pemimpin penduduk Orang Asli berkata, sekurang-kurangnya 22 penunjuk perasaan terbunuh, manakala kerajaan melaporkan kematian tiga penunjuk perasaan dan 11 pegawai polis. Sekurang-kurangnya 100 yang lain cedera dalam insiden tersebut

''Semua pihak perlu tahu bahawa buat masa ini, seramai 38 anggota polis dijadikan tebusan di stesen mengepam minyak itu,'' kata Perdana Menteri, Yehude Simon pada satu sidang akhbar, lewat malam tadi. - REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.