saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 07/06/2009

Kejayaan hubungan Malaysia-China
Kejayaan hubungan Malaysia-China


ANAK sulung Tun Razak, Najib menerus tradisi hubungan baik dengan China.


SEJARAH perhubungan negara ini dengan China bukanlah satu perkara baru. Sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi hubungan rapat antara dua negara ini sememangnya telah terjalin erat. Namun hubungan rapat pada era moden bermula dengan lawatan bersejarah Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak ke China pada tahun 1974.

Kini 35 tahun selepas peristiwa tersebut, anak sulung beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai rombongan Malaysia untuk lawatan rasmi pertamanya sebagai Perdana Menteri ke Beijing.

Sejarah telah menunjukkan akibat dari ancaman serangan daripada pihak Siam, telah menyebabkan Sultan Melaka ketika itu Parameswara bersahabat dengan China pada tahun 1409. Maka pada tahun 1411, diiringi oleh Laksamana Cheng Ho, beliau melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk bertemu dengan Maharaja Ming, Yung Lo.

Apabila Sultan Mansur Shah menaiki takhta pada 1459 disebabkan kedudukan Melaka yang strategik, hubungan dengan China telah dipereratkan. Malah Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po atas tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah telah menghantar segolongan pengiring ke negeri China. Puteri Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

Berdasarkan sejarah di atas adalah jelas perhubungan antara negara ini dengan China sememangnya telah terjalin rapat dan kukuh sejak lebih 600 tahun lalu.

Maka lawatan Najib pada Selasa lepas pastinya dilihat sebagai penerus tradisi hubungan baik antara dua negara. Sebagai sebuah negara yang berdaulat, hubungan rapat dengan negara kuasa besar seperti China adalah perlu untuk survival politik antarabangsa serta perhubungan ekonomi yang kukuh.

Perubahan

Bagaimanapun perlu difahami akibat dari perubahan geopolitik dunia, negara ini dan China telah dilanda perubahan politik dan sosial yang jauh berbeza pada awal kurun ke 18.

Sebaik negara ini mendapat kemerdekaannya pada 1957, China ketika itu dilihat begitu terpengaruh dengan fahaman komunisnya dan hubungan kedua negara ini agak terjejas kerana perbezaan fahaman ini.

Bagaimanapun dengan berlangsungnya peristiwa bersejarah iaitu lawatan pertama seorang Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Razak ke China pada 28 Mei 1974, turut menandakan hubungan akrab sejak ratusan tahun lalu mula terjalin semula.

Pertemuan antara Tun Razak dengan Presiden Mao Zedong di Beijing ini membuktikan hubungan muhibbah antara dua negara ini dijalin semula atas tapak yang kukuh. Ditambah lagi dengan sokongan Malaysia agar China dikembalikan kedudukannya dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1971, telah menjadi pemangkin kepada acara menandatangani Kenyataan Bersama Malaysia-China yang memungkinkan hubungan diplomatik diwujudkan secara rasmi serta menjalin hubungan akrab yang saling menguntungkan.

Ketika itu, rantau ini dilanda Perang Dingin berikutan renggangnya hubungan antara China dengan negara bukan komunis yang menganggotai Asean. Parti Komunis China pula menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM), namun Tun Razak telah mengetepikan pandangan konvensional ini dan menandatangani kenyataan bersama mengenai jalinan hubungan diplomatik dengan China.

Tindakan ini telah dilihat sebagai satu langkah berani dan sangat kehadapan memandangkan suasana politik serantau ketika itu yang penuh dengan konflik. Malaysia merupakan negara ASEAN pertama menjalin hubungan rasmi dengan China yang kemudiannya telah menyumbang kepada persepsi yang positif kepada negara-negara ASEAN lain untuk menjalin hubungan diplomatik dengan China.

Hubungan akrab ini kemudiannya telah dipereratkan dan pegawai kanan kerajaan serta delegasi kedua negara saling melawat dan bertikar maklumat dan kepakaran dalam pelbagai bidang.

Hubungan rapat ini kemudiannya diteruskan oleh Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn yang membalas lawatan Timbalan Perdana Menteri China, Deng Xiaoping pada 1978.

Serius

Lawatan tersebut yang berlaku pada 2 Mei 1979 membuktikan bahawa Malaysia sangat serius dalam menjalin hubungannya dengan China.

Dekad 80-an dan 90-an menyaksikan hubungan kedua negara ini semakin rapat apabila kerjasama dan penerokaan dalam pelbagai bidang dan sektor seperti perladangan, perdagangan, pelaburan, pelancongan, pendidikan serta sains dan teknologi diperluaskan.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang memegang jawatan tersebut pada 1981 telah merancang hubungan yang lebih progresif dan menguntungkan antara kedua negara. Oleh itu, syarikat dari kedua-dua negara telah menggunakan kesempatan ini untuk mencari peluang dan melabur di pasaran yang semakin terbuka.

Dr Mahathir mengadakan lawatan ke China pada 1985, 1993, 1994, 1996 dan 1999.

Hubungan rapat kedua negara ini telah dibuktikan melalui perkongsian dalam pelbagai bidang. Dalam soal isu antarabangsa misalnya Malaysia dan China berkongsi pandangan tentang pelbagai isu, termasuk berkaitan Iraq dan Palestin, keganasan, globalisasi dan keselamatan serantau.

Dalam bidang ekonomi, China menjadi enjin pertumbuhan yang amat berpengaruh di rantau ini.

Dengan penduduk melebihi satu bilion orang, China merupakan antara pasaran terbaik bagi produk keluaran Malaysia.

Malah hasil dari kerjasama yang erat inilah telah memungkinkan negara itu muncul rakan perdagangan keempat terbesar bagi Malaysia dengan jumlah dagangan berkembang pesat daripada RM53 bilion pada 2003 kepada RM130 bilion tahun lepas.

Perkembangan inilah yang telah menyumbang kepada kemakmuran dan kekayaan negara pada dekad 90-an hingga kini.

Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah turut menyemarakkan hubungan antara Malaysia dan China dengan melawat negara itu pada 28 Mei 2004. Kedatangan Abdullah ini turut menyempurnakan bangunan baru kedutaan Malaysia di Beijing.

Oleh itu lawatan Najib ke Beijing kali ini, pastinya akan dilihat bukan saja untuk memperkukuhkan hubungan persahabatan antara kedua-dua malah sebagai ruang untuk mencapai era dan tahap baru dalam hubungan dua hala.

Apatah lagi republik itu kini muncul sebagai pasaran utama ekonomi dunia yang bukan sahaja akan mempengaruhi ekonomi dunia malah dilihat mampu mengubah sistem dan pandangan politik antarabangsa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.