saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 07/06/2009

Chong Wei penerima kedua Darjah Bakti


TUANKU Mizan Zainal Abidin menganugerahkan Darjah Panglima Jasa Negara kepada Abdul Ghani Minhat (gambar kiri) dan Darjah Bakti kepada Lee Chong Wei pada Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan baginda di Istana Negara, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR - Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dipilih sebagai penerima kedua Anugerah Darjah Bakti (D.B.) sempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam.

Tahun lepas, ratu skuasy Datuk Nicol David, menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah berkenaan.

Penganugerahan Darjah Bakti (D.B) oleh Yang di-Pertuan Agong kepada jaguh badminton negara adalah sebagai penghargaan tertinggi negara di atas kejayaan beliau menaikkan nama Malaysia dalam badminton antarabangsa, khususnya pada Sukan Olimpik Beijing tahun lepas.

Selain, Chong Wei, bekas pemain bola sepak Malaysia, Datuk Abdul Ghani Minhat turut menerima anugerah sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong kali ini.

Abdul Ghani, 73, anak kelahiran Kampung Solok (Kg. Masjid), Rantau, Negeri Sembilan itu menerima Anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Pada zaman kegemilangannya, Abdul Ghani yang mendapat jolokan 'Raja Bola' membantu Selangor menjuarai Piala Malaya/Malaysia pada 1956, 1959, 1961, 1962, 1963, 1966, 1968 dan 1969.

Kejayaannya di peringkat antarabangsa pula tercipta apabila membantu Malaya (ketika itu) menjuarai Pestabola Merdeka tiga tahun berturut-turut dari 1958 hingga 1960. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.