saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/06/2009

Istiadat Kerjan Undang Luak Sungai Ujong baru tidak sah

SEREMBAN 8 Jun - Majlis Istiadat Kerjan (Pertabalan) Undang Luak Sungai Ujong yang dijadualkan esok tidak sah kerana Undang Luak sedia ada masih wujud dan diterima Dewan Keadilan dan Undang negeri.

Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang negeri, Datuk Jemal Zainal Kasim ketika dihubungi berkata, majlis berkenaan juga tidak diiktiraf kerana Datuk Mubarak Dohak yang dimasyhurkan menjawat kedudukan Undang Luak itu sebelum ini masih kekal berjawatan itu sehingga ke hari ini.

''Pertikaian berhubung jawatan itu telah lama menjadi isu kerana segelintir pihak telah mendakwa mereka berhak memegang jawatan berkenaan.

''Hal ini menyebabkan rakyat menjadi keliru serta menimbulkan rasa kurang senang,'' kata beliau di sini hari ini.

Penyandang jawatan Undang Luak Sungai Ujong masih jadi pertikaian dan bersemayam di takhta rasmi sebagai Undang Luak Sungai Ujong Ke-11 ketika ini ialah Mubarak.

Ia berikutan dakwaan yang mengatakan beliau telah melakukan salah laku adat sejak menyandang jawatan itu pada 20 Disember 1993 sehingga 30 September 2001.

Berikutan itu, satu majlis pemashyuran Othman Ismail sebagai Undang Luak Sungai Ujong dibuat selaras aturan adat pesaka Luak Sungai Ujong dan peruntukan Fasal 14 (1) dan 32 Perlembagaan Negeri Sembilan Darul Khusus 1959 serta Fasal 71 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Pemashyuran Othman sebagai Ke bawah Kaus Yang Teramat Mulia Luak Sungai Ujong dilakukan Datuk Lembaga Kanan Sungai Ujong, Datuk Sri Maharaja Diraja Zulkepley Dahalan, pada 8 Februari lalu, sekali gus membawa kepada Istiadat Kerjan, esok.

Dalam pada itu, bekas Datuk Shahbandar Sungai Ujong, Datuk Shahari Hassan yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini berkata, pelantikan Mubarak adalah sah dan mengikut Perkara 16 (3) Perlembagaan Negeri Sembilan.

''Segala keputusan yang dibuat oleh Dewan Keadilan dan Undang adalah muktamad serta tidak boleh dipersoalkan termasuk Zulkepley.

''Zulkepley tidak pernah dilantik sebagai Datuk Raja atau Datuk Seri Maharaja Diraja Waris Di Ayer kerana dia telah menentang dan membuat banyak angkara semenjak 1983 lagi.

''Tambahan pula dia bukan mengamal adat berikutan tidak mendapat pengampunan dan telah dikeluarkan daripada kelompoknya selain tidak akan menyandang sebarang jawatan selama tujuh keturunannya,'' katanya di sini hari ini.

Justeru kata Shahari, tindakan Zulkepley yang cuba mencampuri urusan Waris Darat adalah kesalahan yang amat besar.

Sebelum ini, polis menasihatkan orang ramai agar tidak digalakkan menghadiri majlis Kerjan yang dijadualkan esok di Pantai dekat sini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh menjelaskan perkara berkenaan telah diketahui oleh pihak polis dan pihaknya akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang cuba melanggar undang-undang negara.

Jelas beliau, pihak polis mengklasifikasikan majlis yang akan diadakan itu sebagai majlis persendirian selain meminta orang ramai yang hadir ke majlis itu tidak menimbulkan sebarang ketegangan yang boleh mencabar undang-undang negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 6:59
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.