saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 09/06/2009

Parti pro-Barat menang


Saad al-Hariri (kiri) memeluk seorang calon Parlimen, Nohad Machnouk selepas pakatan pro-Barat menang mengejut pada pilihan raya Parlimen Lebanon di Beirut, kelmarin. - Reuters


BEIRUT 8 Jun - Parti perikatan pro-Barat memperoleh kemenangan mengejut pada pilihan raya Parlimen Lebanon, semalam menewaskan pakatan pimpinan Hizbullah yang mendapat sokongan Iran dan Syria.

Pegawai daripada kedua-dua kem menganggarkan blok pro-Barat itu memenangi kira-kira 70 daripada 128 kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Ziad Baroud dijangka mengumumkan keputusan rasmi pilihan raya tersebut lewat hari ini.

Penyokong blok itu meraikan kemenangan mereka sehingga ke awal hari ini selepas pengundi memperbaharui majoriti mereka di Parlimen, empat tahun selepas 'Revolusi Cedar' yang membantu mengusir tentera Syria dari Lebanon dan membolehkan kem pro-Barat mengambil alih kerajaan.

Keputusan itu memberi tamparan kepada Syria dan Iran yang menyokong Hizbullah tetapi disambut baik oleh Amerika Syarikat (AS), Arab Saudi dan Mesir yang menyokong blok '14 Mac', sempena tarikh rapat umum besar-besaran membantah kehadiran tentera Syria di Lebanon pada 2005.

Hizbullah dan sekutu-sekutunya menyapu bersih undi di kawasan majoriti Syiah tetapi kekalahan sekutu Kristian mereka, Michel Aoun di dua daerah penting menghalang perikatan tersebut daripada menguasai majoriti yang telah diramalkan oleh banyak pihak.

Pemimpin blok '14 Mac', Saad al-Hariri, seorang penganut Sunah, muncul selepas pilihan raya semalam sebagai calon pilihan untuk mengetuai kerajaan baru, sekali gus mengikut jejak langkah bapanya yang mati dibunuh, Rafiq al-Hariri.

"Tahniah kepada Lebanon, tahniah kepada demokrasi, tahniah kepada kebebasan.

"Tidak ada pihak yang menang dan pihak yang kalah pada pilihan raya ini, satu-satunya pemenang ialah demokrasi dan pemenang terbesar ialah Lebanon," kata Hariri, 39, ketika menyampaikan ucapan sempena kemenangan beliau di kediaman mewahnya di sini sejurus selepas tengah malam tadi.

Kem-kem politik di Lebanon berbalah mengenai tentera gerila Hizbullah yang memiliki keupayaan senjata lebih besar daripada tentera Lebanon, serta hubungan pergerakan Syiah itu dengan Syria yang menguasai Lebanon selama tiga dekad sehingga 2005.

Keputusan itu dijangka membawa kepada sebuah lagi kerajaan 'perpaduan negara' sekalipun pembentukannya mungkin tidak berjalan lancar jika kem Hizbullah berkeras mahukan kuasa veto. - Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.