saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 09/06/2009

Remaja berisiko tinggi bunuh diri

SESEKALI kes cubaan membunuh diri terpampang di dada akhbar yang menunjukkan bagaimana seseorang itu terdesak sehingga sanggup meragut nyawanya sendiri.

Dalam apa juga agama di muka bumi ini perbuatan tersebut sama sekali dilarang. Malah dalam Islam ia perbuatan yang dilaknat Allah SAW.

Sebuah pertubuhan sukarela yang tidak bermotifkan keuntungan, The Befrienders Kuala Lumpur mendedahkan, sebahagian besar pemanggil yang dikenal pasti berisiko tinggi (cenderung membunuh diri) terdiri daripada remaja antara 18 hingga 25 tahun.

"Pelajar sekolah, penuntut kolej dan universiti atau lepasan sekolah serta dewasa muda paling mudah terdedah kepada pelbagai jenis tekanan dan gangguan emosi serta mental.

"Masalahnya, mereka sukar membincangkan masalah berhubung dadah, alkohol dan percintaan kepada ibu atau bapa kerana bimbang reaksi penerimaan terhadap diri mereka," jelas Naib Pengerusinya, Mary Raj.

Keadaan itu mengakibatkan remaja berpaling kepada orang seterusnya yang terdekat iaitu rakan sebaya. Pun begitu lazimnya rakan-rakan sukar untuk memahami perasaan sebenar sahabat yang dalam kesusahan apatah lagi jika sahabat itu memberi tanda-tanda cenderung membunuh diri.

Atas sebab itu juga, Befrienders memastikan setiap panggilan yang diterima setiap hari dikendalikan dengan sulit, jaminan, fikiran terbuka dan penuh sabar. Ini kerana, sokongan emosional mampu membantu mengurangkan risiko kecenderungan (bunuh diri).

Malah, setiap 106 sukarelawan yang dipanggil 'Befriender' juga disaran agar berpegang kepada prinsip untuk menyimpan rahsia para pemanggil termasuk maklumat kes, umur, nama malah keadaan mental pemanggil sekalipun.

Kerahsiaan

Mary menjelaskan, pihaknya tidak menawarkan khidmat kaunseling atau jalan penyelesaian untuk keluar daripada belenggu masalah masing-masing.

Sebaliknya, Befrienders berperanan sebagai sahabat yang sanggup mendengar pemanggil menceritakan kisah, masalah atau penderitaan mereka tanpa membuat pertimbangan sendiri.

"Apa yang penting adalah kemampuan untuk benar-benar mendengar keluhan pemanggil, menahan diri daripada memberi nasihat dan melupakan seketika pendapat sendiri baik dari segi agama mahupun politik.

"Kami gunakan prinsip dan amalan Befrienders yang diterapkan semasa kursus latihan. Melalui cara ini, kami dapat memberikan sokongan emosi tanpa menghakimi atau membocorkan rahsia pemanggil kepada mana-mana pihak," ujar Mary.

Sukarelawan terdiri daripada semua lapisan masyarakat seperti guru, profesional, setiausaha, bekerja sendiri, surirumah dan golongan pencen.

Persamaan antara mereka adalah kemampuan mengutamakan pemanggil dan memberikan waktu dan ruang tanpa batasan untuk meluahkan emosi mereka.

Menurut Mary, kursus latihan dan pemilihan sukarelawan memainkan peranan penting untuk menjamin perkhidmatan terbaik untuk para pemanggil.

Befrienders, katanya, bukanlah kaunselor profesional sebaliknya sukarelawan terlatih. Kursus Latihan Befrienders (BTC) merupakan proses pembelajaran kreatif di mana sekumpulan orang bekerjasama untuk mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman masing-masing.

Di akhir kursus itu nanti, sukarelawan akan lebih bersedia untuk meningkatkan lagi kemahiran mendengar dan menyokong pemanggil yang dilanda krisis tertentu.

"Lama-kelamaan, sukarelawan akan mendalami kemahiran emosi mereka sendiri dan memperbaiki tanggapan negatif terhadap orang lain.

"Ketika itu barulah mereka bersedia mendengar tanpa menghakimi, melupakan pandangan sendiri dan selepas tamat syif di Befrienders, tinggalkan segala gangguan emosi itu dan teruskan kehidupan seperti biasa di rumah," ujar Mary.

Sukarelawan Befrienders bersedia menerima panggilan pada bila-bila masa menerusi talian hotline Befrienders yang bersedia menerima panggilan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sepanjang tahun.

"Kami hanya menggunakan telefon biasa tanpa pengesan identiti pemanggil sebagai menghormati kerahsiaan masalah yang mereka kongsi bersama Befrienders," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.