saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 09/06/2009

Perayaan Hari Bung Bratak


GADIS Bidayuh berpakaian tradisional mengadakan persembahan tarian pada sambutan Hari Bung Bratak di Bau, Kuching, baru-baru ini.


KUCHING 8 Jun - Kepelbagaian kaum di Sarawak telah membentuk latar belakang yang unik kepada negeri yang dikenali sebagai Bumi Kenyalang ini.

Mempunyai jumlah penduduk kira-kira 2.4 juta dengan memiliki 27 suku kaum dan sejumlah 45 dialek yang diucapkan menjadikan masyarakat di negeri ini istimewa dan menarik.

Salah satu kaum yang kaya dengan sejarah dan budayanya adalah Bidayuh terutama sekali warisan kampung halaman nenek moyang mereka di Bung Bratak (Gunung Bratak).

Di puncak Bung Bratak, terdapat seketul batu peringatan yang didirikan pada 1 Mei 1988 bagi memperingati tragedi yang berlaku pada 1 Mei 1838 apabila kampung halaman nenek moyang mereka diserang dan dibakar oleh penyerang dari kawasan Skrang.

Kumpulan penyerang itu juga menawan kaum wanita dan kanak-kanak kampung berkenaan ketika kaum lelaki mereka berada di ladang.

Menurut ahli sejarah dan penyelidik, Bung Bratak dibina semula pada 1841 di bawah pimpinan Panglima Kulow yang mendapat bantuan Rajah James Brooke, pemimpin kulit putih pertama Sarawak, untuk menyelamatkan mereka yang ditahan di Skrang.

Boleh dikatakan penduduk kira-kira 40 kampung, termasuk tujuh di Daerah Seluas di Kalimantan Barat, Indonesia, mempunyai pertalian dengan penduduk asal Bung Bratak.

Kumpulan terakhir yang meninggalkan perkampungan tersebut adalah suku kaum Tembawang yang meninggalkan Bung Bratak pada awal 1970-an dan menetap di kaki gunung itu yang kini dikenali sebagai Kampung Tembawang Sauh.

Disebabkan nilai sejarah tersebut, maka 1 Mei setiap tahun, kaum Bidayuh dari kawasan Jagoi-Bratak mengunjungi Bung Bratak untuk memperingati asal-usul dan sejarah nenek moyang mereka.

Sambutan Hari Bung Bratak yang kini bukan sekadar perayaan memperingati nenek moyang malah kini telah menjadi kawasan yang menempatkan sejarah warisan serta destinasi pelancongan dan rekreasi.

Ini kerana, untuk sampai ke lokasi Bung Bratak, para pengunjung perlu mendaki puncak Bung Bratak setinggi 305 meter untuk menikmati kemeriahan sambutan Hari Bung Bratak.

Ada di kalangan pengunjung telah memulakan pendakian ke puncak bukit itu seawal pukul 6 pagi sambil menikmati kesegaran udara dan keindahan alam semula jadi.

Gotzone Garay, 30, berasal dari Sepanyol memberitahu, dia mengetahui mengenai perayaan itu menerusi rakan karibnya yang juga seorang Bidayuh sekali gus menjemputnya untuk bersama-sama meraikan hari memperingati nenek moyang kaum berkenaan.

Menurutnya, beliau berasa bangga dan teruja sebaik tiba di Bung Bratak selepas melalui pendakian yang mencabar minda serta fizikal untuk sampai ke situ.

Katanya, pengalaman seumpama itu memang tidak dapat dilupakan dan pada masa sama melahirkan rasa kagum dengan masyarakat di Sarawak yang mempertahankan warisan nenek moyang mereka.

''Ini merupakan satu penghormatan kepada saya untuk mendalami asal-usul sejarah penempatan dan budaya masyarakat Bidayuh.

''Tahun depan saya akan datang lagi dengan membawa lebih ramai rakan senegara ke sini," katanya ketika ditemui pada perayaan Hari Bung Bratak di sini baru-baru ini.

Garay juga berharap pihak penganjur dapat memperbaiki laluan denai dan menaik taraf kemudahan sedia ada.

''Dengan adanya laluan jalan kaki yang baik, ia merupakan satu elemen penting bagi menarik lebih ramai pelancong sama ada tempatan atau asing.

''Begitu juga dengan kemudahan seperti tandas awam, tempat duduk mahupun bangunan lama perlu ditukar wajah," ujarnya.

Francis Nyoweng, 43, pula memberitahu, dia tidak pernah melupakan sambutan Hari Bung Bratak.

Katanya, ini merupakan kali keempat dia mendaki puncak Bung Bratak semata-mata mahu berkongsi kegembiraan memperingati asal-usul kaum Bidayuh bersama ribuan pengunjung lain.

''Saya sedikit hampa kerana sambutan kali ini tidak mendapat promosi meluas bagi menarik lebih ramai pengunjung luar negara.

''Oleh itu, saya berharap Persatuan Warisan Budaya Bung Bratak mengambil langkah komprehensif dan bersepadu bagi mempromosi serta meningkatkan kemudahan yang sedia ada," katanya.

Lucia Jennis, 30, berkata, generasi muda tidak patut melepaskan peluang berkunjung ke puncak Bung Bratak.

Menurutnya, remaja dan belia kaum Bidayuh perlu memperingati asal-usul nenek moyang mereka dengan mendalami sejarah lama masyarakat kaum tersebut.

''Jika bukan mereka, siapa lagi yang akan mempertahankan budaya serta warisan Bidayuh daripada pupus di telan zaman," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.