saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/06/2009

SPRM buat pemeriksaan menyeluruh?

KUALA TERENGGANU 9 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mempunyai nama beberapa individu yang akan diambil keterangan bagi siasatan kes keruntuhan sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 Jun lalu.

Menurut sumber, SPRM akan mendapatkan dokumen daripada individu terlibat serta membuat pemeriksaan untuk siasatan yang menyeluruh dan tepat.

Bagaimanapun, sumber berkenaan enggan mendedahkan mereka yang tersenarai sama ada ia turut membabitkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Wan Hisham Wan Salleh.

“Memang sudah ada semua itu (senarai). Kita sudah mulakan siasatan minggu lepas. Tapi banyak benda lagi yang perlu digali dan benda-benda ini semuanya sensitif dan berbahaya jika didedahkan kerana ia melibatkan bahan-bahan bukti.

“Berilah masa kepada SPRM untuk buat kerja. Kita tidak boleh dedahkan nama mereka yang akan dipanggil. Jika dedahkan, mereka yang ‘nakal’ ini akan bersedia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian Selasa lalu, separuh daripada bumbung di bahagian timur stadium bernilai RM292 juta itu yang menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam serta tetamu diraja dan orang kenamaan (VIP) runtuh.

Wan Hisham semalam dalam laporan sebuah akhbar dilaporkan berkata, dia sedia disiasat oleh SPRM berhubung kejadian itu.

Menurut sumber itu lagi, SPRM mempunyai kepakaran untuk melakukan siasatan menyeluruh berhubung kes itu.

Dalam pada itu, Wan Hisham ketika dihubungi berkata, setakat ini beliau tidak dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan bagi siasatan kes itu.

Beliau meminta semua pihak supaya tidak meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak sebelum siasatan itu selesai dijalankan.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong yang mengetuai Jawatankuasa Tender Negeri ketika ditemui berkata, setakat ini, beliau juga tidak dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan.

Mokhtar enggan mengulas ketika ditanya dakwaan bahawa jawatankuasa itu bertanggungjawab melantik kontraktor dari Korea untuk membuat reka bentuk dan pemasangan bumbung stadium itu.

“Saya tidak mahu komen. Kalau saya komen, perkara ini akan berpanjangan,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.