saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 10/06/2009

Bloggers serikan ulang tahun bandar raya Petaling Jaya

PETALING JAYA 9 Jun - Bagi memberi kelainan pada sambutan ulang tahun ketiga Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Persatuan Pengembara Malaysia (ABM) dan Kaspersky Lab bakal menganjurkan PJ Challenge 09 Karnival Bloggers pada 20 Jun ini.

Karnival yang julung-julung kalinya diadakan itu diadakan bertujuan menggalakkan penyampaian maklumat menerusi penggunaan blog yang menjadi medium penyampaian yang paling digemari masa kini selain memberi pendedahan tentang sistem pertahanan untuk serangan virus komputer.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Roslan Sakiman berkata, karnival tersebut juga bakal menyediakan pelbagai program menarik untuk semua peringkat umur terutamanya para pembaca dan penulis blog.

"Karnival tersebut bakal menarik minat para pembaca dan penulis blog kerana pelbagai aktiviti akan diadakan untuk golongan berkenaan seperti Blog 101 yang menyediakan kelas untuk orang ramai yang baru berjinak-jinak dalam laman blog manakala Blog 411 adalah untuk penulis blog yang telah mahir dan ingin memperbaiki dan menambah ilmu dalam bidang itu.

"Bersesuaian dengan temanya Feel Green in Knowledge City pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat juga bakal diadakan seperti aktiviti mencari harta karun, pertandingan fotografi menarik, cabutan bertuah, pertandingan mewarna, seni kreativiti dan Kapersky Gotcha," katanya pada sidang akhbar berkenaan sambutan itu di Ibu Pejabat MBPJ di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Bourne Loh dan Ahli Majlis MBPJ, Kamarudin Suhaimi.

Roslan menambah, pada tahun ini MBPJ memperuntukkan sebanyak RM150,000 untuk melaksanakan sambutan berkenaan.

Jelasnya, selain daripada Karnival Bloggers, beberapa acara yang bakal mendapat sambutan ialah PJ Drift, pertandingan perbarisan, bengkel Liveable City, lumba basikal, sukan rakyat, Power Boat, program tanam pokok dan Seminar Landskap 2009.

Tambahnya, sambutan tersebut juga akan diserikan dengan Konsert PJ Simfoni yang bakal melibatkan para pelajar kolej dan sekolah serta artis tempatan.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa pada sambutan berkenaan, MBPJ dengan kerjasama Pos Malaysia akan melancarkan setem dan sampul surat kenang-kenangan.

"Mulai tahun ini, MBPJ akan mempunyai identiti kerana bakal melancarkan setemnya sendiri yang berharga 30 sen selain sampul surat kenang-kenangan.

"Ia sekali gus memberi peluang kepada peminat setem untuk menambah koleksi setem mereka," katanya.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau menyertai aktiviti yang disediakan boleh melayari laman web di www.mbpj.gov.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.