saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/06/2009

ATM ganti kontinjen Qatar misi pengaman di Lebanon

KUANTAN 9 Jun - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekali lagi diberi pengiktirafan apabila dipilih menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menggantikan kontinjen Qatar di sektor barat Pasukan Interim PBB (Unifil) di Lebanon Julai ini.

Kontinjen Malaysia West 2 (Malcon West 2) merupakan sebahagian daripada pasukan pengaman yang diketuai kontinjen Perancis yang bertindak mengawal sempadan Israel dan Lebanon.

Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, kekuatan Malcon West 2 ialah seramai 230 orang yang terdiri daripada pegawai dan anggota perkhidmatan ketiga-tiga cabang utama ATM iaitu Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

''Turut sama dalam misi pengaman yang akan berakhir pada April tahun depan ialah tujuh pegawai dan anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

''Kesemua mereka akan menjalani latihan asas selama tiga bulan di Kem Batu 10 di sini sebelum berlepas ke Lebanon,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pengisytiharan status operasi Malcon West 2 di sini semalam.

Menurut Raja Mohamed Affandi, pasukan Tentera Darat yang terdiri daripada 31 pegawai dan 154 anggota akan ditempatkan di At-Tiri, Lebanon selama sembilan bulan bagi menjayakan misi pengaman kali ini.

''Bagaimanapun, misi kali ini hanya melibatkan pegawai dan anggota lelaki yang akan berlepas dalam dua peringkat,'' jelasnya.

Sementara itu, Komander Malcon West 2, Leftenan Kolonel Jamaluddin Jambi berkata, beliau yang telah 29 tahun berkhidmat dalam ATM menganggap misi kali ini sebagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik.

''Saya sememangnya sentiasa bersedia memikul tanggungjawab ini dan berasa bertuah kerana terpilih menyertai misi kali ini.

''Ini merupakan kali kedua saya menyertai misi seumpama ini kerana pernah ditugaskan sebagai pemerhati PBB di Sahara Barat pada tahun 1993,'' jelasnya.

Tambah beliau, walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga bagi menjayakan misi pengaman kali ini yang akan berlangsung pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, ia tidak sedikit pun melunturkan semangatnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.