saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 11/06/2009

Siti Hajar masih dirawat di PPUM


Siti Hajar


KUALA LUMPUR 10 Jun - Siti Hajar, pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa didera oleh majikannya secara kejam masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia memberitahu, PPUM akan terus merawat wanita terbabit sehingga dia benar-benar sembuh.

Setiausaha Ketiga Bahagian Perhubungan Maklumat Kedutaan Indonesia di Malaysia, Soneta Asmara berkata, mangsa hanya akan dibenarkan keluar selepas pihak hospital menyiapkan laporan penuh tentang keadaan kesihatannya.

"Semasa melawat mangsa petang ini, pihak kedutaan menjangkakan dapat membawanya pulang tetapi PPUM meminta supaya tempoh rawatan itu dilanjutkan supaya keadaannya lebih stabil.

"Ini penting supaya kesihatan mangsa tidak terganggu apabila dia (mangsa) ditempatkan di Kedutaan Indonesia kerana kami tidak mempunyai peralatan perubatan untuknya.

"Pihak Kedutaan Indonesia sendiri yang akan menjaga mangsa selepas keluar dari PPUM sebelum urusan lain diteruskan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Isnin lalu, Siti Hajar melarikan diri ke Kedutaan Besar Republik Indonesia di Jalan Ampang setelah mendakwa tidak tahan didera oleh majikannya di sebuah kondominium di Bukit Kiara.

Mangsa yang beragama Islam mendakwa dia diberi makan nasi berlaukkan daging babi sejak hampir tiga tahun bekerja dengan majikannya itu.

Lebih malang, mangsa bukan sahaja dipukul dengan benda keras termasuk kayu, malah majikannya yang kini ditahan polis menjirus air panas di anggota badannya sehingga melecur.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.