saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 11/06/2009

Nasib malang MyTeam




KUALA LUMPUR – Akibat masalah kewangan dan ketiadaan penaja baru, pasukan Liga Super yang diilhamkan daripada program realiti TV, UPB-MyTeam berhasrat mahu menggugurkan 12 pemain termasuk untuk ditawarkan kepada pasukan lain.

Apa pun, hasrat skuad yang berada di tangga kesembilan liga itu terbantut ekoran rayuan mereka ditolak oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat yang dijalankan kelmarin.

Menurut pengerusinya, Datuk Che Mat Jusoh, UPB-MyTeam sebelum ini telah mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan bagi membenarkan mereka menggugurkan 12 pemain dan menggunakan pemain Piala Presiden untuk baki saingan Liga Super.

“Kami menolak rayuan yang dilakukan oleh MyTeam yang berhasrat untuk menggugurkan 12 orang pemain kerana ia telah melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Wisma FAM semalam.

Jelasnya, walaupun menghadapi masalah kewangan, UPB-MyTeam tidak boleh menggugurkan pemain selain membenarkan pasukan lain memancing pemain tersebut.

“Mereka tidak boleh membenarkan pemain yang digugur mendaftar dengan pasukan lain walaupun boleh menggunakan pemain Piala Presiden untuk saingan Liga Super.

“Pasaran perpindahan pemain yang pertama dan kedua sudah ditutup jadi FAM tidak boleh membenarkan perkara ini berlaku walaupun pasukan ini terlibat dengan masalah kewangan,” katanya.

Katanya, bagi mengelak FAM terlibat sama dengan perkara ini, rayuan tersebut terpaksa ditolak dan UPB-MyTeam akan kekal dengan pemain yang sedia ada.

“Mereka akan beraksi dengan senarai pemain seperti hari ini walaupun mampu membuat bayaran pampasan kepada pemain yang mahu digugurkan.

“Jika kami menerima rayuan ini ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati bagi pasukan lain yang juga berniat untuk melakukan perkara yang sama,” katanya.

Sementara Pengurus Pasukan UPB-MyTeam, Muhammad Yakub Hussaini ketika dihubungi tidak mahu memberi sebarang komen mengenai hal berkenaan.

“Minta maaf, isu ini memerlukan peringkat lebih tinggi daripada saya untuk memberikan sebarang komen. Saya rasa lebih baik dapatkan komen daripada Timbalan Presiden (Jason Lo),” katanya ketika dihubungi.

Usaha untuk menghubungi Jason gagal termasuk tidak membalas sistem pesanan ringkas (sms) yang dihantar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.