saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 11/06/2009

Krisis air di Lembah Klang?

KUALA LUMPUR 10 Jun – Bekalan air bersih di sekitar Lembah Klang bakal terjejas jika cuaca panas dan kering pada masa ini berterusan dalam tempoh dua bulan lagi.

Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail berkata, ini kerana bekalan air di enam empangan sedia ada sekarang telah mengalami penyusutan 10 peratus ekoran cuaca kering.

Katanya, jika keadaan itu berterusan sehingga dua bulan lagi, bekalan di semua empangan tersebut akan terjejas teruk.

‘‘Kawasan tadahan air khususnya di kawasan hutan berhampiran empangan sudah tidak berupaya menampung keperluan sedia ada.

‘‘Kawasan tadahan seperti tasik yang menjadi sumber bekalan sampingan juga menyusut beransur-ansur akibat cuaca kering,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas bahawa negara bakal berdepan fenomena El Nino jika cuaca kering dan kemarau berterusan sehingga September ini.

Menurut Rozali, Syabas buat masa ini memantau situasi berkenaan secara berperingkat-peringkat di semua empangan milik Syabas.

Katanya, jika bekalan air mengalami penyusutan secara mendadak, Syabas akan mengawal atau mengurangkan pelepasan bekalan air kepada pengguna secara sistematik.

‘‘Jika Syabas berbuat demikian, pengguna di mana-mana kawasan yang dikawal pelepasannya akan mengalami gangguan bekalan air.

‘‘Bagaimanapun, Syabas telah mengatur strategi pemindahan bekalan air dari sumber alternatif (tasik dan kolam takungan) untuk disalurkan kepada pengguna sebagai persiapan awal,” katanya.

Menurutnya, Syabas juga akan mengeluarkan kenyataan susulan dan amaran awal memaklumkan pengguna di kawasan yang bakal terjejas.

‘‘Pengguna juga perlu berjimat-cermat menggunakan air di samping mengurangkan aktiviti yang boleh menyumbang kepada peningkatan pemanasan cuaca,” katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.