saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 11/06/2009

Bijak guna air hadapi El Nino

SEREMBAN 10 Jun - Rakyat diminta elak pembaziran air ketika negara bakal berhadapan fenomena El Nino - cuaca panas dan kering sehingga Septemper ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, untuk itu juga kerajaan memberi jaminan bekalan air bersih sepanjang krisis itu berlaku mencukupi bagi tempoh lima bulan akan datang.

"Kita juga sudah mengambil tindakan memenuhkan secara maksimum tiga empangan iaitu Empangan Talang, Kelinchi dan Terip bagi menampung keperluan air bersih kepada penduduk di negeri ini, kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Mohamad, apa yang dibimbangkan ketika ini ialah berlaku proses pengewapan serius dan lebih pantas akibat fenomena El Nino ini, yang boleh menyebabkan kehilangan air secara tidak sedar.

''Jika ini berlaku, kita berhadapan masalah kerana kehilangan air bukan lagi berpunca daripada penggunaan berlebihan sebaliknya pengewapan ketara," jelas beliau.

Oleh itu, beliau berharap rakyat dapat bersama-sama memastikan penggunaan air secara bijak ketika kita bakal berhadapan fenomena El Nino ini.

Semalam Jabatan Meteorologi mengesahkan cuaca panas dan kering yang melanda negara ketika ini akan berterusan sehingga September depan.

Berikutan itu juga kualiti udara di kebanyakan kawasan di negara ini merosot dan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan ialah 51 hingga 100 iaitu ditahap sederhana.

Laporan Pusat Mereorologi ASEAN (ASMC) sehingga 7 Jun lalu juga menunjukkan terdapat 125 titik panas ketika ini dikesan di Malaysia selain terdapat peningkatan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.