saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 13/06/2009

Pilihan raya Presiden Iran bermula

TEHERAN 12 Jun - Pengundi Iran membanjiri pusat-pusat pengundian di seluruh negara ini hari ini sempena pilihan raya Presiden republik Islam ini, yang menyaksikan pertarungan sengit antara Presiden Mahmoud Ahmadinejad dengan seorang bekas Perdana Menteri yang ingin memperbaiki hubungan dengan Barat.

Empat calon bertanding dalam pilihan raya itu tetapi Ahmadinejad, 52, dipercayai menghadapi tentangan paling hebat daripada calon sederhana, Mirhossein Mousavi.

Beribu-ribu penyokong Morhossein telah berarak di seluruh ibu negara ini untuk memperlihatkan sokongan padu mereka kepada bekas Perdana Menteri itu.

Kemenangan bagi Mirhossein, 67, boleh membantu meredakan ketegangan antara Iran dengan Barat yang bimbang dengan program nuklear Teheran, selain mencerahkan peluang untuk mengadakan dialog dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang telah melahirkan hasrat untuk membuka lembaran baru dengan negara ini.

Dua lagi calon ialah bekas Speaker Parlimen, Mehdi Karroubi yang juga satu-satunya ulama yang bertanding jawatan tersebut, serta bekas ketua Kor Pengawal Revolusi, Mohsen Rezai.

Bagi rakyat Iran, pilihan raya itu membuka peluang untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai penggal perkhidmatan Ahmadinejad sejak empat tahun lalu, terutamanya pengurusan beliau terhadap ekonomi negara pengeksport minyak ini yang kini mengalami kadar inflasi dan pengangguran yang tinggi.

Pengundian bermula pada pukul 8 pagi ini (11.30 pagi waktu Malaysia) dan dijadual berakhir 10 jam kemudian, walaupun tempoh pengundian dijangka dilanjutkan kerana pegawai menjangka peratusan yang besar akan keluar mengundi daripada keseluruhan 46 juta pengundi berdaftar di negara ini.

Keputusan awal dijangka diketahui awal esok dan penganalisis meramalkan persaingan sengit antara Ahmadinejad dengan Mirhossein boleh membawa kepada pengundian pusingan kedua pada 19 Jun ini.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menggesa rakyat keluar menunaikan kewajipan mereka sebagai pengundi.

"Semua orang perlu keluar mengundi dan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan mereka," kata Khamenei.

Peratusan tinggi yang keluar mengundi mungkin menandakan penyertaan ramai pengundi propembaharuan yang memulaukan pilihan raya empat tahun lalu semasa Ahmadinejad memperoleh kemenangan mengejut dengan janjinya untuk memulihkan nilai-nilai revolusi Islam 1979.

"Peluang Mirhossein bergantung kepada sokongan daripada pengundi yang memulaukan pilihan raya sebelum ini," kata seorang penganalisis Iran. - Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.