saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/06/2009

Pengakuan cinta Juliana Evans




Sesi fotografi yang diatur pada Selasa lalu sepatutnya diadakan pada pukul 3.30 petang tetapi pukul 5.30 petang barulah gadis ini muncul di studio.

Katanya, dia agak sibuk

kerana baru habis kelas pengajian ijazahnya di kolej Sunway dalam bidang komunikasi. Walaupun nama Juliana Evans pada hari ini semakin popular kerana bidang seni tetapi awal-awal lagi dia beritahu dalam hidup ini apa-apa pun pelajaran lebih utama.

Hendak diikutkan dengan kekuatan namanya sekarang, lebih baik dia mengambil peluang merebut segala tawaran berlakon ketika masih laku daripada belajar.

Tetapi tidak. Dia tak mahu tamak sebaliknya sekadar menjadikan bidang lakonan untuk memenuhi masa lapangnya sahaja.

Tuan punya nama Juliana Sophie Johari Evans ini mahu membuktikan dia boleh berdikari tanpa bergantung dengan sesiapa mahupun ibu dan bapanya sendiri.

Bukan bermakna mempunyai masalah dengan keluarga tetapi itulah prinsip Juliana. Wang yang dicari dari titik peluh sendiri mendatangkan kepuasan yang berbeza.

Oleh itu, tidak hairanlah sebahagian besar yuran pengajiannya dibiayai sendiri oleh Juliana.

“Sejak umur lima tahun saya sudah berlakon iklan. Mungkin pengalaman itu membuatkan saya suka untuk hidup berdikari tanpa bergantung dengan sesiapa pun,” katanya.

Beruntung mendapat ayah yang juga pensyarah Bahasa Inggeris di sebuah kolej manakala ibunya seorang setiausaha di sebuah syarikat, kata anak bongsu daripada tiga beradik ini keluarganya memberi sokongan padu untuk dia terlibat dalam bidang seni.

Dalam masa yang sama mereka mahukan juga Juliana membuktikan dia boleh berjaya di dalam pelajaran. Oleh kerana itu, gadis ini nekad untuk meraih pencapaian cemerlang dan seterusnya menggenggam segulung ijazah suatu hari nanti.

Bukan mahu menafikan bakatnya dalam bidang seni apabila banyak tawaran berlakon terpaksa ditolak tetapi seperti yang Juliana katakan, berlakon hanyalah kerja separuh masa.

Semuanya untuk membolehkan dia mendapatkan wang bagi membayar yuran pelajaran kerana selepas ini dia akan menyambung pengajiannya di Amerika Syarikat.

“Saya perlu melengkapkan ijazah saya dengan menyambung pelajaran di Amerika dalam beberapa tahun lagi dan mulai hari ini saya perlu mengumpul wang untuk tujuan itu.

“Sebab itulah saya terpaksa menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya separuh masa. Dengan cara ini saya boleh membuktikan kepada diri saya sendiri yang saya boleh hidup berdikari. Itulah cabaran besar buat saya,” katanya.

*Agak sensitif

Bercerita mengenai sifat diri, secara jujur gadis kacukan Melayu - British ini memberitahu dia seorang yang suka menyimpan perasaan. Entahlah kenapa tetapi begitulah sifatnya yang sukar dibuang.

Walaupun begitu kata Juliana dia seorang yang penyabar dan tahap kemarahannya itu masih boleh dikawal. Cuma dek kerana terlalu menyimpan perasaan tidak mustahil apabila kemarahan itu berada di kemuncak, ia akan “meletup” juga.

“Saya amat bencikan pengkhianatan dalam sesuatu hubungan. Jika terlalu banyak saya simpan dalam hati, apabila ia meletup memang parah jadinya,” jelas Juliana.

Memang bahaya orang yang suka menyimpan perasaan kerana padahnya seumpama gunung berapi yang akan meletup. Walaupun begitu dia adalah seorang yang gemar berterus terang.

Bagi Juliana apa yang penting didalam kehidupan seseorang itu harus melemparkan jauh sifat hipokrit kerana ia akan memakan diri.

“Saya senang saja. Kalau ada perkara yang saya rasa tak puas hati, saya akan jumpa dengan orang yang berkenaan dan berterus terang dengan dia. Senang saja,” katanya.

*Bercinta dengan Sam (Bunkface)

Ramai yang sudah nampak Juliana sering bersama Sam, penyanyi utama kumpulan Bunkface. Apabila ditanya adalah lelaki itu buah hatinya, tanpa mahu berselindung Juliana menganggukkan kepala.

Dengan ringkas dia mengaku hubungan mereka masih sukar ditafsirkan kerana detik manis percintaan itu masih terlalu baru.

“Saya mengaku dia memang teman rapat saya. Buat apa nak sembunyikan perkara yang benar. Saya juga mengaku kami memang baik,” ujarnya.

Bercerita mengenai perkenalan mereka jelas gadis berusia 19 tahun ini pada mulanya Juliana digandingkan dengan Saleha iaitu adik kepada Sam dalam sebuah drama.

Mengetahui hal itu Sam selalu memuji Juliana melalui Saleha sehinggalah Saleha memaklumkan hasrat Sam untuk berkenalan dengan Juliana. Selepas bertukar-tukar nombor telefon melalui Saleha, akhirnya hubungan Juliana dan Sam menjadi semakin rapat apatah lagi kedua-dua mereka tidak mempunyai apa-apa ikatan dengan orang lain.

Menganggap ada keserasian mungkin kerana kedua-duanya berdarah kacukan, sebab itulah hubungan mereka menjadi akrab sehinggalah ia boleh diangkat sebagai kekasih.

“Ya! Kami selalu keluar bersama dan kadang-kala jika ada waktu terluang kami turut tengok wayang,” katanya.

Juliana menolak dia memilih Sam menjadi temannya itu kerana Sam seorang penyanyi yang sedang meraih populariti tatkala lagu Situasi menjadi kegilaan remaja ketika ini. Baginya, yang lebih penting bukan status seseorang sebaliknya persefahaman.

Akuinya lagi bercinta atau berkawan sesama artis lebih mudah kerana kedua-duanya akan faham mengenai tugas masing-masing.

“Saya pernah beberapa kali putus cinta gara-gara berjumpa dengan lelaki yang tak faham dan suka mengongkong.

“Malah saya pernah berhadapan dengan lelaki yang tidak pernah percaya dengan saya. Bila keluar dengan kawan-kawan pun dia cemburu.

“Akhirnya saya buat keputusan lebih baik putuskan saja hubungan sehinggalah saya bertemu dengan Sam.

“Setakat ini saya gembira dengan hubungan ini kerana ia berjalan dengan baik,” kata Juliana yang mengakui keluarganya menerima hubungan mereka itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.