saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/06/2009

IMAYA mencari pengedar

LAGU Sakitnya Rindu, Insan Dunia, Kutunggu Kurindu nyanyian Kumpulan Freshies menjadi siulan sekitar tahun 1993 dan 1994 apabila dua album dipasarkan pada tempoh tersebut.

Kumpulan suara harmoni yang dianggotai Shima, Ejie, Ina dan Melor itu bagaimanapun hanya mampu bertahan selama empat tahun sebelum membawa haluan masing-masing pada tahun 1996.

Noor Hasimah Abu Hassan atau Shima misalnya meneruskan karier nyanyian yang diminati sejak kecil itu dengan menerbitkan album mini IMAYA - Dusta di bawah label Z&S Production.

Wanita berusia 36 tahun itu bercerita, walaupun ia hanya mengumpulkan empat buah lagu iaitu Dusta dengan konsep pop rock, Sepi Dalam Kerinduan (balada), Kau Yang Ku Damba (pop rock), Hanya Tinggal Kenangan (balada) dan sebuah lagu instrumental dengan kos penerbitan yang menelan belanja antara RM24,500 hingga RM36,750.

"Pembikinan album mini ini dilakukan di Singapura termasuk rakaman suara, sesi fotografi dan reka bentuk album di sebuah studio di sana.

"Selain itu, pemilihan material dan penyusunan lagu juga dilakukan seawal tahun 2007 sebelum siap sepenuhnya setahun kemudian," kata anak jati Ipoh, Perak ini.

Shima bergandingan dengan kakaknya, Maya atau nama sebenarnya Jamaiah Abu Hassan, 39, yang berpengalaman kira-kira 20 tahun dalam bidang nyanyian.

Maya pernah menganggotai beberapa band seperti Ilusi, Freedom, Headwind, Hotwired yang membuat persembahan ke seluruh negara.

Bagaimanapun apa yang menjadi masalah bagi dua beradik ini adalah untuk memasarkan album mini mereka.

Ini kerana selama ini mereka hanya menjalankan penjualan album mini secara kecil-kecilan dan sememangnya ia adalah satu kekangan sekiranya mahukan publisiti besar-besaran.

Katanya, album mini itu dijual dengan harga RM11.90 yang diterima menerusi tempahan dan pembelian oleh Pengurus Z&S Production, Zulkapli Othman, (Zul Yong) yang merupakan suami Shima.

Justeru, mereka amat memerlukan khidmat syarikat rakaman yang berminat untuk mengedarkan termasuk yang boleh membantu memasarkannya.

"Kami juga mencari peluang daripada mana-mana syarikat muat turun nada dering untuk menjadikan sebahagian daripada koleksi mereka.

"Ini kerana kami menjanjikan kualiti yang terbaik untuk IMAYA dan bersedia untuk sebarang rundingan berhubung album ini," kata ibu kepada dua orang anak ini.

Bercerita tentang kehidupannya selepas berpecah dengan kumpulan Freshies, Shima berkata, dia seperti wanita kerjaya lain yang sibuk menguruskan anak-anak di samping menambah pendapatan keluarga.

Katanya, anaknya iaitu Mohammad Zul Hakeem, 10 dan Muhammad Zul Hakimi, 6, amat memahami minat ibunya dan turut memberi sokongan semasa penerbitan album mini itu.

Untuk sebarang rundingan dan pembelian album IMAYA-Dusta boleh hubungi Zul Yong di talian 017-7879704 atau ke pejabatnya di S-3-5, Jalan Balau 17, Taman Rinting, Masai, Johor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.