saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 14/06/2009

Peranan dipertingkatkan

PETALING JAYA - Peranan Pesuruhjaya Sukan akan dipertingkatkan untuk menyelesaikan perbalahan dalam badan sukan yang timbul berikutan perebutan jawatan, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, amalan berpolitik dalam persatuan sukan terutamanya melibatkan perebutan jawatan tidak langsung melambangkan semangat kesukanan tinggi dan tidak seharusnya diamalkan.

Katanya, perbalahan itu telah menyebabkan ada persatuan sukan yang digantung pendaftarannya dan ada juga yang mengheret kes tersebut ke mahkamah.

"Saya melihat amalan berpolitik dalam persatuan sukan melebihi apa yang berlaku dalam parti politik sendiri. Persatuan sukan seharusnya mementingkan untuk memajukan sukan masing-masing terutamanya atlet-atlet di bawah naungannya.

"Kita perlu faham bahawa ibu bapa menyerah anak-anak (atlet-atlet) mereka kepada persatuan untuk terlibat dengan serius dalam bidang sukan masing-masing.

"Dengan berbalah dalam persatuan, sudah tentu ia akan menjejaskan masa depan mereka," katanya semasa berucap pada Malam Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2008 di Subang Jaya kelmarin.

Dengan mengutamakan atlet daripada persatuan, peranan Pesuruhjaya Sukan harus dipertingkatkan untuk mengelak dan menyelesaikan sebarang perbalahan dengan cepat, kata Ahmad Shabery lagi. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.