saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/06/2009

Pakej berharga Daphne Iking

RAUT wajah yang jelita, seksi dan mempunyai bakat yang terpendam merupakan aset berharga buat Daphne M. Iking. Dikenali selepas mengendalikan program yang memerlukan pengetahuan ekonomi yang tinggi, Ringgit Sense terbitan TV3 tahun 2003 telah membuka mata semua pihak tentang kebolehan dirinya.

Menyingkap kisah silamnya, Daphne merasakan tanggungjawab yang dipikul dengan debaran kerana merupakan kali pertamanya sebagai hos rancangan.

“Saya perlu cepat belajar untuk berjaya dalam bidang pengacaraan. Perlu memahirkan diri dengan semua aspek dalam lapangan kerja bukan sahaja ketika muncul di televisyen malah perlu berpengeta-

huan tentang susun galur kerja di belakang tabir,” ujar pemegang Sarjana Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) tahun 2004 ini.

Bagaimanapun, itu kisah enam tahun lalu. Kini anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah saban hari semakin mahir dalam kerja-kerja penerbitan apabila menjadi penolong produser yang merangkap wartawan dan hos rancangan The Breakfast Show di NTV7.

Katanya, pengalaman yang ditimba sejak tiga tahun itu amat berharga dan banyak perkara yang dipelajarinya.

Terkini, Daphne mengorak selangkah dalam industri perfileman apabila menjadi pelakon utama dalam sebuah filem indie, Belukar arahan Jason Chong yang bakal ditayangkan awal tahun depan.

Dalam filem itu, Daphne memegang watak sebagai Eva, wanita berasal dari Sabah yang terlibat dalam penipuan insurans secara profesional. Eva berjaya menuntut lebih RM100 juta walaupun telah disiasat oleh agen penyiasat yang gagal membuktikan kesalahannya.

Sebelum ini, Daphne hanya berpeluang memegang watak pembantu dalam telefilem Adik pada tahun 2007, District 9 Pilot (2007) dan KL Light (2006).

“Kalau boleh saya mahu jadi seperti Jennifer Anniston yang sering mencari kelainan dalam watak yang dilakonkannya. Mungkin cita-cita itu terlalu tinggi tetapi saya yakin mampu melakukannya.

“Saya juga tidak mahu dicap sebagai stereotaip dan dilabel dengan watak-watak tertentu sahaja. Lebih warna, lebih bagus dan penuh cabaran memang saya nantikan untuk filem-filem mendatang,” ujar Daphne yang melakonkan watak wanita ‘ ganas’ dalam filem

Bercerita tentang pengalamannya semasa berlakon dalam filem itu, Daphne berkata, dia perlu terjun dari sebuah jeti yang tinggi. Atas tunjuk ajar Jason, dia mampu melakukannya walaupun amat gementar.

Ibu kepada Isobel Daniella Iking-Chong ini juga tidak pernah melupakan tanggungjawab kepada buah hatinya itu walaupun terpaksa berjauhan kerana menjalani penggambaran di Kota Kinabalu-Ranau-Labuan selama sebulan.

“Isobel semakin cerdik dan memahami kerja mummy dia. Dia juga tidak seperti kanak-kanak sebayanya sebab dia tidak bermain patung barbie. Puas saya memujuknya tetapi Isobel mencampakkan semua mainan itu.

“Isobel juga tidak boleh mendengar muzik kerana dia akan berjoget sambil menyanyi-nyanyi,” ceritanya tentang anak kesayangan hasil perkongsian hidup dengan suaminya, Ryan Chong.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.